Assalamualaikum...
Niat sbenarnya nak menceritakan pada satu ketika dahulu, sbnrnya niat membuat blog ini adalah kerana nak berkongsi rasa dan cerita eceh eceh mcm diari.. sbb tu entry pertama tu mengarang kembali , shu ada cakap tempat meluahkan isi hati yg tersirat. sbb shu ni kalau dalam keadaan serabut or dalam mempunyai masalah , shu susah nak meluahkan pada orang atau bercerita. lebih banyak menyimpan sendiri. tidak suke mahu berkongsi masalah dan cerita sbb dirasakan tidak perlu. sbb tu dengan menulis, perasaan yang dipendam tu walau sedikit dapat dilepaskan :) tapi setelah terbaca dari salah satu blog seorang Ustaz yang popular , beliau mengatakan yang niat beliau adalah utk berkongsi ilmu yang ada. Bila kita mati seketika nanti, at least kita ada sedikit ilmu yang ditinggalkan utk dikenang.. dah buat shu serba sedikit berubah, dan perasaan nak lepaskan perasaan di sini, dah kurang., yang penting, adalah perkara yang shu ingin kongsikan.
. ini selari dengan kenyataan di atas yang kita sebagai khalifah dimuka bumi ini, apabila kita meninggalkan dunia dan kembali pada yang Satu , hanya 3 perkara yang akan tertinggal.. iaitu
1) Doa anak yang soleh
2) Harta yang disedekahkan
3) Ilmu Yang dimanfaatkan
dan ini pun membuat shu terdetik di hati, adakah mungkin shu sempat mempunyai seorang anak jika ajal shu datang dulu? atau sekiranya shu mempunyai anak, adakah anak shu akan sentiasa doakan shu nnt? Wallahu A'lam. Hanya Allah Swt Yang mengetahui. Yang Penting, shu sentiasa mendoakan kedua ibu bapa shu terutama nya ayah...
jadi disebabkan ini, shu selalu berniat akan bersedekah, walau tak banyak, shu akan memberi... bersedekah boleh jadi dari wang ringgit, makanan, senyuman, pertolongan, bersedekah kudrat dan macam-macam.
tetapi Dalam kita berniat sedekah, pernah tak berlaku pada korang? benda ni pernah berlaku pada shu and situasi nye masa nak sedekah duit la..
shu pernah tercakap dalam hati atau korang ada pernah terdetik mcmni
"eh tak nak bagi kt org ni, mcm tipu jer. masih mampu lagi bergerak, patut leh kerja" atau
"eh eh, mcm penipu jer orang ni"
"ntah brape banyak la dia dapat, tp masih nak minta sedkah, berusaha lah"
dan mmg benda-benda sebegini ada terlintas di hati. kadang-kadang hati ingin memberi tapi bila difikirkan yang penipuan yang berleluasa pasti ditarik balik niat
tapi setelah di fikirkan, dan pernah terdengar atau terbaca dari
petikan dari Ustaz Azhar Idrus
"sekiranya kita tidak yakin sama ada peminta derma /sedekah itu sememangnya benar atau penipu, maka kita harus berikan kepadanya. Sekiranya dia sebenarnya memamg berhajat, maka kita dapat pahala sedekah dan sekiranya memang dia seorang penipu, maka kita dapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala ditipu"
jadi , jangan ditakut utk bersedekah.. biarla kita ditipu sekiranya kita tidak pasti dengan niat peminta itu , yang penting niat kita sendiri yang ingin bersedekah dan membantunya dan juga kerana Allah SWT.
seterusnya tentang Ilmu.... Segala ilmu yang kita ada, dan dikongsikan bersama serta diamalkan, Insya Allah, kita mendapat pahala dari Nya. kerana ini lah, niat utk menulis blog ini, shu berkongsi tips-tips tidak kiralah sama ada kesihatan, agama atau info-info terbaru kepada pembaca yang berminat lah. ;) lagipon segala info yang saya dapat adalah dari membaca juga...bagi shu berkongsi ilmu tidak salah, dan setiap orang ada pendapat dan cara tersendiri utk berkongsi ilmu...tidak kiralah ilmu yang ingin dikongsi itu akan dikeji dan orang ramai yg baca akan meluat ke ape , yang penting niat utk berkongsi apa yang kita ada dan juga niat kerana Allah SWT.harap niat shu berkongsi ini tidak disalah ertikan dan shu berkongsi benda yang baik sahaja.
p/s ini penulisan yang tidak ditapis atau di nilai semula, sekiranya ada kesilapan dalam ayat atau ada salah nya dari kata-kata saya, boleh beritahu sy.. terima kasih kerana membaca. :) segala kekurangan, datangnya dari kesilapan diri saya sendiri.