OKAY TAK BLOG KITA?

Popular Posts

Sunday 24 April 2016

BROGA HILL BERSAMA 3 CAT WOMEN


Thank you to my 3 catwomen. Plan yg tiba tiba sangat!
.
Saya suka gambar ni nampak kuyush sgt dr side sini hihi and thank you juga sebab deme ni mmg baik hati, lovable,  pretty inside and out, and sanggup tggu cik akak yg lembab sikit asik semput penat.

Mesti trtanya - tanya kan siapakah gerangan 3 cat women ni.
Cat women depan sekali Elya, kedua depan belah kiri Dewi dan Depan sy Putri.

Sebenarnya nak share....


Apa yg saya dpt dr pendakian kali ini?
.
Setiap perjalanan, cabaran dan liku - liku kehidupan setiap orang adalah berbeza tapi misi kita adalah SAMA iaitu ingin berjaya mendaki hingga ke 'puncak' tertinggi. Sama ada kita cepat, laju, lambat atau patah semangat semasa sedang menghadapi ujian-ujian itu, semua nya terpulang pd diri kita bagaimana kita berdepan dengan ujian tersebut. Sokongan orang tersayang sgt membantu utk kita meneruskan pendakian kerana kadang2 kita terlaku ikut suara 'BIAWAK' atau 'ANAK KECIL'bermula DALAM kepala kita. jika kita melayan suara suara tu, MAKIN membiak dan Membesar SUARA SUARA tu! Sama mcm kehidupan kita di luar. Tapi walau bagaimana pun, kita tahu di mane tahap kejayaan kita dan kemampuan kita. Jangan bandingkan dengan orang lain tapi bandingkan dengan Diri KITA SEMALAM.
.
.
Iklan sikit : utk tudung yg mudah, selesa, labuh dan sesuai utk travel dan activiti lasak , boleh tengok di @medinaahijab . yg sy pakai tu dr medina laaa. hihi. Asik sold out je.

Monday 11 April 2016

My Magic Moment

MY MAGIC MOMENT 

Magic moment adalah peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita dari kita kecil hingga ke besar dan ia mempengaruhi emosi kegembiraan kita masa peristiwa itu terjadi. Setiap orang pasti ada banyak magic moment! dan Dengan mengingati magic moment kita, akan mendatangkan rasa bersyukur dan Alhamdulilah, akan mendatangkan perasaan yang kita menghargai apa yang kita ada pada hari ini.

Sebelum itu....

Cuba lihat sekeliling kita ?  Apa yang anda nampak?

Pada hari ini, kita dapat melihat ramai orang berlumba, mengejar, mencari -cari, dan semua sedang berusaha utk merialisasikan impian mereka. Kadang-kadang, kita terlalu mengejar sesuatu yang tidak pasti hingga kita lupa yang di hadapan mata. Kita juga kejar sesuatu hingga penat fizikal dan mental dan lupa syukur dengan apa yang ada.



Jadi apa kata , hari ini, saat ini,

Kita ambil masa 5 minit...

(Anda duduk relaks mcm orang baru berkahwin, tarik nafas.... hembussss... tarik nafassss. hembussssssssssss.. buat 3-4 kali)

Kita duduk diam seketika, jauhkan smart phone, segala brang teknologi, pejam kan mata, dan relaks dan imbas kembali kehidupan kita dari kita kecil, kita bayangkan...da cuba bayangkan memori kita pada umur 2 tahun, 3 tahun, 4 tahun, 7 tahun, 12 tahun, 16 tahun, 18 tahun, dan seterusnya 21 tahun, 25 tahun, hingga ke semalam.

Kita tulis kan apa yang kita lalui dari kecil yang anda ingat...

mungkin,

anda ingat pertama kali anda naik basikal.. Anda berjaya kayuh basikal walau jatuh beberapa kali.

atau

saat anda masuk ke tadika atau sekolah rendah, menangis tidak mahu masuk belajar...

atau

saat anda mula belajar mengaji iqra, atau mukadam, atau al quran semasa kecil dengan ustaz atau ustazah...

dan mungkin seterusnya,


MAGIC MOMENT , peristiwa yg buat anda rasa gembira yang tidak terkira pada waktu itu!

saat anda mendapat keputusan peperiksaan NO 1 atau Top 5 dalam kelas ...

saat anda mendapat keputusan peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, DAN SPM..

atau saat apabila meningkat dewasa, pengalaman jatuh bangun anda dan dari sedih kepada gembira dan pelbagai lagi peristiwa yang dapat anda imbas.... dan anda masuk ke alam pekerjaan dan seterusnya....

dan mungkin...

pada ketika saat anda mula mendapat hidayah Allah, dan mula meninggalkan zaman jahiliah dan mula mendekatkan diri dgn Allah...

Tulislah setiap satu...

dengan menulis setiap pengalaman dan cabaran  ini, boleh membuat kita rasa bersemangat semula, rasa ingin terus kan berusaha kerana telah terlalu banyak magic moment yg berlaku yang membentuk diri anda hari ini.




Saya ingin kongsikan magic moment saya hingga usia 27 tahun ( belum masuk 28 lagiii  :P pada tahun 2016) ini


1. Saya telah memulakan perniagaan sendiri pada tahun 2015


2. Saya beranikan diri berhenti kerja dengan notis 24 jam pada 29 Ogos 2015

3. Saya telah mendaftarkan syarikat 'Ummy Shuhadah Enterprise'

4. Saya berguru dan menyertai program platinum Dr Azizan Osman dengan dipermudahkan oleh Allah.


5. Saya nampak jelas APA yang saya ingin dan TARGET.

6. Saya tidak menonton TV /drama.

7. Saya bertudung dan menjaga aurat dan pergaulan bermula pada 1 September 2013


8. Saya dapat membaca quran dengan lancar (walau byk perlu dibetulkan lagi) , walau sebelum ni tergagap gagap.

9. Saya belajar mengaji Iqra semula bersama adik dengan ustazah mengajar di rumah.

10. Saya solat taubat, hajat dan tahajud 1x sebulan.


11. Saya telah memberi servis utk celebrity seperti - Neelofa, Dira Abu Zahar, Faiz (Dj Ikim), Siti Khiriah, Lan kristal .

12. Saya berjaya masuk ke Matrikulasi Perlis, dan melanjutkan ke UiTM Shah Alam.

13. Saya berjaya menggunakan FB ads, tanpa menghadiri mana2 seminar atau kelas hingga dan berjaya membuat jualan RM18k sebulan.

14. Saya mampu belanja keluarga apabila makan bersama di luar.

15. Saya dapat melalui pelbagai pengalaman yg nakal di usia muda.

16. Saya dapat Berkenalan dengan ramai orang BERJAYA dalam perniagaan dan tidak lupa amalan AKHIRAT.


dan ...


macam - macam lagi....




InsyaAllah, dengan izin Allah.

akan LEBIH BANYAK LAGI MAGIC MOMENT SAYA! 


Sunday 10 April 2016

NAK BUAT BUSINESS, APA YG ANDA PERLU TAHU?




Masalah yang selalu di hadapi oleh seseorang untuk memulakan perniagaan ialah 

NAK JUAL APA?

KAN??

lagi?

banyak benda bermain di fikiran, nak jual ape, laku ke, untung ke, rugi ke, berapa modal dan mcm2 lg.

Sebenarnya, perkara yang kita perlu tahu ialah




1. Siapa kita nak BANTU?
2. BANTUAN mcm mane kita bole beri?

3. MASALAH apa yang kita boleh selesaikan?
.
dari 3 soalan ini, kita bole tulis kan pd kertas dan jwb 1 per 1.
.
Masalah yg kita nak selesaikan bole cuba relate kan dengan diri kita, dgn minat kita, dgn pengalaman kita.
.
Soal marketing atau nak jual produk atau servis ape tu NO 2.
.
lepas dah tahu jawapan 3 soalan tu, baru kite tahu nak jual apa.
.
Produk atau business apa pun, selagi memberi bantuan menyelesikan masalah orang , WALAU ekonomi malaysia kene hujan ribut taufan pun, insyaAllah, kita masih buat SALES.
.


.
nak kata ekonomi tgh teruk sekarang, xda sales?

> Dexandra dpt buat sales lebih rm7 juta lebih sebulan hanya

 utk bulan Mac

> filem munafik dpt sales berjuta2 setelah seminggu 

ditayangkan.
.
.
sekian.

Seminar SIFU TUDUNG



Jangan salah sangka!
.
sy attend seminar the apprentice #sifutudung @sifutudung semalam, tu pun hanya teman seorang sahabat jer. Alang, free je kan. dan bila lagi sy bole jumpa sifu2 handal yg top ni secara dekat?
.
dan bolehlah timba ilmu tentang kain2 ke, marketing and psl industri fesyen.
.
Sebenarnya, walau tak ada berkaitan dgn business saya Gifts & Favors By Mama yg merupakan Surprise planner dan Romantic Planner tapi, dengan menghadiri seminar2 mcmni, dpt menambah certainty dalam diri saya dgn apa yg sy buat sekarang.
.

Sifu Tudung membantu rakyat malaysia yg ingin memulakn perniagaan dengan menjual tudung. Sifu Tudung membantu mereka dr segi memilih material kain fesyen terkini, nasihat nasihat tentang stocks dan kuantiti yg diperlukan, kiraan harga seunit sesuatu brg, membantu menyediakan platform utk networking di luar atau online, membantu mencipta jenama dan byk lagi.
.
tak rugi membazir duit utk ilmu walau kita rasa kita dah tahu dgn ilmu tersebut.
.
saya sgt suke pergi kelas, seminar, talk, atau apa sahaja walau pergi berulang kali kerana SETIAP KALI pergi, pasti sy dpt ILMU BARU.
.
Terima kasih #sifutudung .
.



Friday 8 April 2016

Cinta yg kita kejar

Cinta.

Dari kecil hingga ke hari ini, terlalu banyak cinta yang kita kejarkan.
dari kecil, bermula dengan meraih cinta ibu bapa.
Dan seterusnya, kita sibuk mencari cinta adik beradik, cinta bersama kawan, cinta material, dan macam-macam lagi.

kita lupa, cinta sebenar adalah cinta Ilahi. Cinta kepada Allah swt.
untuk mendapat cinta Allah, pelbagai Cinta kita lalui utk mencari cinta sebenar.
dan ada yang bertunang dgn orang lain, berkahwin dgn orang lain.

Sebenarnya betapa penting, kita untuk submission cinta kita kepada Allah swt lebih dari segala-galanya.

Dalam Al-Quran  terdapat 2 cerita cinta yang kita boleh relatekan dgn kehidupan cinta kita dalam mencari cinta.

Kisah pertama, Cinta antara Nabi Ibrahim kepada Allah swt.
Nasi Ibrahim telah menerima arahan dari Allah swt utk menyembelih anak kesayangan nya dan baginda tetap menjalankan arahan Allah kerana Cintanya pada Allah. Itu tanda Submission dari Nabi Ibrahim a.s.  

Kisah kedua , Cinta di antara Syaitan kepada Allah swt.
Syaitan melanggar perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam a.s. Syaitan bongkak dan tidak mahu kerana rasa diri lebih berkuasa kerana dicipta dari Api sedangkan Nabi Adam a.s dari tanah.

Kedua kisah ini Allah swt letak dgn jelas jalan ceritanya, pasti ada sebab! tiada yg saja-saja atau hanya sengaja letak.

Kita bandingkan diri kita? yg mana tempat kita?

.
Allah, kau bantu lah kami Ya Allah. bantu kami utk melawan nafsu diri dan hasutan syaitan ke atas kami! Ya Allah, selamatkanlah kami di dunia dan juga di akhirat. Kepada Kau lah tempat kami bergantung harap. Amin.

moga Allah mengampuni dosa dosa kita.


BAHAGIA SELEPAS NIKAH?

BAHAGIA SELEPAS NIKAH?
.
wahh! topik sgt kontroversi! kan?
Lama juga x berblog ni. insyaAllah nak mula semula blog dan melatig menulis. Doakan sy. :)
.
balik pd topik kali ini, sebenarnya tak perlu tunggu berkahwin baru kita boleh bercerita tentang alam perkahwinan. (cakap gini, sbb bujang lg hihihi)
.
ini Tips yg sy fikirkan dan sy sendiri nasihat diri saya dengan tips ini.
.

1. Melihat Kelebihan Pasangan melebihi dr kekurangan.
- mungkin selepas pernikahan, alam yg kita imagine x seindah yg di sangka . Tapi akan jd sgt indah jika kita belajar 'menerima' dan 'memberi' tanpa berkira.


2. Fokus pd Tanggungjawab sendiri dari org lain.
- ada isu yg berlaku, kita sentiasa fikir apa lagi yang Pasangan atau ahli keluarga kita perlu buat utk kite? sedangkan, kita akan lebih bahagia jika kite fokus pd diri kita. Tanya pd diri, apa lagi yg kita perlu buat? perlu bagi?

3. hormat menghormati
- ada ketika kita perlu tahu apa yg disukai  dan tidak suka oleh pasangan atau keluarga kita atau keluarga pasangan kita kerana dengan itu, kita akan cuba sehabis baik membahagiakan mereka dan bukan buat org tidak suka pd kita.
- contoh ,pasangan x suke gurauan yang kasar mcm perkataan

'syg jgn buat mcmtu, nnt SAYA KAHWIN LAIN'

4. Cuba jd 'pendengar' yg baik
- utk wanita, jika dalam keadaan beremosi, mulut mereka tidak akan berhenti bercakap atau merungut atau apa sahaja bg meluahkan perasaan mereka. Sebagai lelaki, anda boleh bahagiakan pasangan anda dengan mendengar setiap luahan mereka dan tunjukan perasaan ambil berat. wanita bukan ingin kan penyelesaian sebenarnya, tp hanya org yg bole dgr mereka berceloteh.



5. Perasaan Ingin Dihargai
- sama ada lelaki atau perempuan, setiap manusia sukakan penghargaan. penghargaan boleh jd seperti pujian atau ucapan terima kasih pd suami bile suami penat balik kerja kerana berjihad di luar mencari rezeki yg halal dan berkat utk keluarga.
- pujian terima kasih juga perlu di berikan utk isteri yg sanggup menjaga anak dan rumah serta makan dan pakaian utk sekeluarga
- Lakukan kejutan romantis dengan menberi hadiah pd hari istimewa



6. Membantu Urusan dlm Rumah
- para suami boleh mengekalkan kebahagian dgn membantu para isteri di rumah. Bantuan sekecil seperti membasuh baju atau pinggan selepas makan pun sudah memadai dan boleh membuat isteri syukur dan rasa bahagia.

7. Seorang Api Seorang Air
- Tipu kalau dalam alan perkahwinan tidak ada isu yg membuat mereka bergaduh ke marah ke. Tapi bila sudah berkahwin, apabila sorg sedang berapi, pasangan perlu menjadi sebaliknya supaya tidak lagi parah dan syaitan sgt suke keadaan seperti itu.
- pasangan perlu menjadi air dna menenangkan hati si Dia.


8. Sentiasa cuba romantis bila bila masa
- Jadi seorang yg romantis boleh dengan pbagai cara seperti jalan di shopping mall sambil pimpin tangan atau beri pelukan pd isteri semasa sedang buat kerja rumah ke. InsyaAllah, perasaan bahagia sentiasa akan dtg dan bersyukur dengan apa yang ada.




Ini apa yang dpt dikongsikan pd hari ini. Apa apa pun, setiap pengalaman yg berlaku boleh menjadi pelajaran dlm kehidupan kita di masa hadapan.
.
Pasti ada lebih banyak tips utk bahagia kan? cuba korang share sikit yg lain selain dr tips ni.

Saturday 6 February 2016

Kenapa Saya Berniaga?




Assalamualaikum Semua,


Lama juga saya tidak update blog dan rasa kekok nak berkongsi. Untuk pengetahuan, saya sudah pun berkerja sendiri mulai 1 September 2015 secara sepenuh masa setelah saya rasa telah tiba masanya untuk saya mulakan langkah untuk capai Impian saya iaitu INGIN MEMPUNYAI PERNIAGAAN SENDIRI dan IMPIAN sebelum umur 30 tahun (ehemmm. skrg BARU 27 tahunnnn :P ) pula ialah ingin mencapai 10% dari perjalanan menjadi usahawan berjaya. Jadi, saya ada 3 tahun sahaja berusaha untuk saya capai impian saya.

.
Dengan itu,saya menubuhkan Ummy Shuhadah Enterprise dan Gifts & Favors By Mama adalah brand saya. Gifts & Favors By Mama ini menawarkan servis surprise planner, dekorasi pelbagai acara dan pelbagai lagi. 


Tertubuhnya GFBM adalah kerana saya ingin membantu ramai orang terutama pasangan-pasangan yg sudah lama berkahwin. Seperti yang sedia maklum, kes penceraian pd zaman ini sgt tinggi dan ini terjadi kerana mcm-mcm faktor dan yang penting, semua berkait dgn EMOSI.
.
Semua orang tidak akan sangkal, yang pd permulaan perkahwinan adalah waktu yg paling romantis, penuh rasa kasih syg dan cinta. Tapi lama kelamaan, perasaan semakin hambar , yang menjadi kan hubungan itu masih kekal dan bersama adalah TANGGUNGJAWAB.
.
Kami ingin membantu anda & pasangan utk merasai semula kebahagian seperti baru mula berkahwin dan bahagia hingga ke hujung nyawa.
.
Wanita zaman ini mempunyai kerja tanpa henti dari bangun pagi uruskan anak, suami, keluarga, makan minum, pergi kerja dan seterusnya tekanan di tempat kerja, balik jam, uruskan anak, urus makan malam, basuh baju dan sebagainya.
.


Betapa hebat mereka! Mereka buat tanpa mengeluh dan tanda kasih dan syg pd keluarga mereka.
.
Tetapi, percaya atau tidak, EMOSI wanita ini sentiasa berubah-rubah dan sgt mudah juga emosi mereka berubah.
.
Dan kerana ini, wanita sering berCAKAP banyak. Dengan bercakap, mereka dpt melepaskan EMOSI mereka. Sama ada sedih, penat, gembira dan sbgainya.
.
Pujian atau kata-kata penghargaan dari seseorang sudah cukup untuk menghilangkan kepenatan yang di alami oleh kaum wanita ini.
.
Dan ada sebilangan lelaki mmg tidak reti memberi pujian, atau tidak reti membantu di rumah bukan mereka tidak mahu.
.
Sebab itu, kami ingin bantu ANDA. .
.
Para suami atau isteri, para bapa atau ibu, para anak atau ibubapa.


.
Kami ingin bantu kedua-dua belah pihak. Kami ingin bantu lelaki utk jd lebih romantis dan bantu wanita utk rasa dihargai.
.
Percaya atau tidak, ini boleh membantu anda, pasangan anda, dan keluarga anda utk jd lebih bahagia.
.
Isteri gembira.
Suami bahagia.
Keluarga gembira.
Masyarakat bahagia.
Dan insyaAllah, negara dan agama juga terjaga.
.
Itu lah visi sebenar kami.
.
Ummy Shuhadah.
Business Owner.
Gifts & Favors By Mama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...