MY MAGIC MOMENT
Magic moment adalah peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita dari kita kecil hingga ke besar dan ia mempengaruhi emosi kegembiraan kita masa peristiwa itu terjadi. Setiap orang pasti ada banyak magic moment! dan Dengan mengingati magic moment kita, akan mendatangkan rasa bersyukur dan Alhamdulilah, akan mendatangkan perasaan yang kita menghargai apa yang kita ada pada hari ini.
Sebelum itu....
Cuba lihat sekeliling kita ? Apa yang anda nampak?
Pada hari ini, kita dapat melihat ramai orang berlumba, mengejar, mencari -cari, dan semua sedang berusaha utk merialisasikan impian mereka. Kadang-kadang, kita terlalu mengejar sesuatu yang tidak pasti hingga kita lupa yang di hadapan mata. Kita juga kejar sesuatu hingga penat fizikal dan mental dan lupa syukur dengan apa yang ada.

Jadi apa kata , hari ini, saat ini,
Kita ambil masa 5 minit...
(Anda duduk relaks mcm orang baru berkahwin, tarik nafas.... hembussss... tarik nafassss. hembussssssssssss.. buat 3-4 kali)
Kita duduk diam seketika, jauhkan smart phone, segala brang teknologi, pejam kan mata, dan relaks dan imbas kembali kehidupan kita dari kita kecil, kita bayangkan...da cuba bayangkan memori kita pada umur 2 tahun, 3 tahun, 4 tahun, 7 tahun, 12 tahun, 16 tahun, 18 tahun, dan seterusnya 21 tahun, 25 tahun, hingga ke semalam.
Kita tulis kan apa yang kita lalui dari kecil yang anda ingat...
mungkin,
anda ingat pertama kali anda naik basikal.. Anda berjaya kayuh basikal walau jatuh beberapa kali.
atau
saat anda masuk ke tadika atau sekolah rendah, menangis tidak mahu masuk belajar...
atau
saat anda mula belajar mengaji iqra, atau mukadam, atau al quran semasa kecil dengan ustaz atau ustazah...
dan mungkin seterusnya,
MAGIC MOMENT , peristiwa yg buat anda rasa gembira yang tidak terkira pada waktu itu!
saat anda mendapat keputusan peperiksaan NO 1 atau Top 5 dalam kelas ...
saat anda mendapat keputusan peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, DAN SPM..
atau saat apabila meningkat dewasa, pengalaman jatuh bangun anda dan dari sedih kepada gembira dan pelbagai lagi peristiwa yang dapat anda imbas.... dan anda masuk ke alam pekerjaan dan seterusnya....
dan mungkin...
pada ketika saat anda mula mendapat hidayah Allah, dan mula meninggalkan zaman jahiliah dan mula mendekatkan diri dgn Allah...
Tulislah setiap satu...
dengan menulis setiap pengalaman dan cabaran ini, boleh membuat kita rasa bersemangat semula, rasa ingin terus kan berusaha kerana telah terlalu banyak magic moment yg berlaku yang membentuk diri anda hari ini.

1. Saya telah memulakan perniagaan sendiri pada tahun 2015
2. Saya beranikan diri berhenti kerja dengan notis 24 jam pada 29 Ogos 2015
3. Saya telah mendaftarkan syarikat 'Ummy Shuhadah Enterprise'
4. Saya berguru dan menyertai program platinum Dr Azizan Osman dengan dipermudahkan oleh Allah.
5. Saya nampak jelas APA yang saya ingin dan TARGET.
6. Saya tidak menonton TV /drama.
7. Saya bertudung dan menjaga aurat dan pergaulan bermula pada 1 September 2013
9. Saya belajar mengaji Iqra semula bersama adik dengan ustazah mengajar di rumah.
10. Saya solat taubat, hajat dan tahajud 1x sebulan.
11. Saya telah memberi servis utk celebrity seperti - Neelofa, Dira Abu Zahar, Faiz (Dj Ikim), Siti Khiriah, Lan kristal .
12. Saya berjaya masuk ke Matrikulasi Perlis, dan melanjutkan ke UiTM Shah Alam.
13. Saya berjaya menggunakan FB ads, tanpa menghadiri mana2 seminar atau kelas hingga dan berjaya membuat jualan RM18k sebulan.
14. Saya mampu belanja keluarga apabila makan bersama di luar.
15. Saya dapat melalui pelbagai pengalaman yg nakal di usia muda.
16. Saya dapat Berkenalan dengan ramai orang BERJAYA dalam perniagaan dan tidak lupa amalan AKHIRAT.
dan ...
macam - macam lagi....
akan LEBIH BANYAK LAGI MAGIC MOMENT SAYA!
No comments:
Post a Comment