BAHAGIA SELEPAS NIKAH?
.
wahh! topik sgt kontroversi! kan?
Lama juga x berblog ni. insyaAllah nak mula semula blog dan melatig menulis. Doakan sy. :)
.
balik pd topik kali ini, sebenarnya tak perlu tunggu berkahwin baru kita boleh bercerita tentang alam perkahwinan. (cakap gini, sbb bujang lg hihihi)
.
ini Tips yg sy fikirkan dan sy sendiri nasihat diri saya dengan tips ini.
.
1. Melihat Kelebihan Pasangan melebihi dr kekurangan.
- mungkin selepas pernikahan, alam yg kita imagine x seindah yg di sangka . Tapi akan jd sgt indah jika kita belajar 'menerima' dan 'memberi' tanpa berkira.
2. Fokus pd Tanggungjawab sendiri dari org lain.
- ada isu yg berlaku, kita sentiasa fikir apa lagi yang Pasangan atau ahli keluarga kita perlu buat utk kite? sedangkan, kita akan lebih bahagia jika kite fokus pd diri kita. Tanya pd diri, apa lagi yg kita perlu buat? perlu bagi?
3. hormat menghormati
- ada ketika kita perlu tahu apa yg disukai dan tidak suka oleh pasangan atau keluarga kita atau keluarga pasangan kita kerana dengan itu, kita akan cuba sehabis baik membahagiakan mereka dan bukan buat org tidak suka pd kita.
- contoh ,pasangan x suke gurauan yang kasar mcm perkataan
'syg jgn buat mcmtu, nnt SAYA KAHWIN LAIN'
4. Cuba jd 'pendengar' yg baik
- utk wanita, jika dalam keadaan beremosi, mulut mereka tidak akan berhenti bercakap atau merungut atau apa sahaja bg meluahkan perasaan mereka. Sebagai lelaki, anda boleh bahagiakan pasangan anda dengan mendengar setiap luahan mereka dan tunjukan perasaan ambil berat. wanita bukan ingin kan penyelesaian sebenarnya, tp hanya org yg bole dgr mereka berceloteh.
5. Perasaan Ingin Dihargai
- sama ada lelaki atau perempuan, setiap manusia sukakan penghargaan. penghargaan boleh jd seperti pujian atau ucapan terima kasih pd suami bile suami penat balik kerja kerana berjihad di luar mencari rezeki yg halal dan berkat utk keluarga.
- pujian terima kasih juga perlu di berikan utk isteri yg sanggup menjaga anak dan rumah serta makan dan pakaian utk sekeluarga
- Lakukan kejutan romantis dengan menberi hadiah pd hari istimewa
6. Membantu Urusan dlm Rumah
- para suami boleh mengekalkan kebahagian dgn membantu para isteri di rumah. Bantuan sekecil seperti membasuh baju atau pinggan selepas makan pun sudah memadai dan boleh membuat isteri syukur dan rasa bahagia.
7. Seorang Api Seorang Air
- Tipu kalau dalam alan perkahwinan tidak ada isu yg membuat mereka bergaduh ke marah ke. Tapi bila sudah berkahwin, apabila sorg sedang berapi, pasangan perlu menjadi sebaliknya supaya tidak lagi parah dan syaitan sgt suke keadaan seperti itu.
- pasangan perlu menjadi air dna menenangkan hati si Dia.
- Jadi seorang yg romantis boleh dengan pbagai cara seperti jalan di shopping mall sambil pimpin tangan atau beri pelukan pd isteri semasa sedang buat kerja rumah ke. InsyaAllah, perasaan bahagia sentiasa akan dtg dan bersyukur dengan apa yang ada.
Ini apa yang dpt dikongsikan pd hari ini. Apa apa pun, setiap pengalaman yg berlaku boleh menjadi pelajaran dlm kehidupan kita di masa hadapan.
.
Pasti ada lebih banyak tips utk bahagia kan? cuba korang share sikit yg lain selain dr tips ni.
No comments:
Post a Comment