OKAY TAK BLOG KITA?

Popular Posts

Thursday, 14 November 2013

Kisah HIJRAH saya.

Assalamualaikum, 

agak lama tak update blog ni, sebenarnya saya menaip ni malam semalam, tapi pagi ni baru saya post. :) Semalam, saya ada pergi satu majlis ilmu di Putrajaya dan saya terfikir... dan terasa nak berkongsi ilmu dan berkongsi apa yg saya alami.

Ilmu yang dapat dikongsi bersama ialah kita perlu sentiasa hidup dengan motivasi atau dgn 'jihad' yg lebih baik dr semalam. Mmg sifat diri manusia ini perlu 'hijrah' dr yg buruk ke baik, dari tidak sempurna menghampiri kesempurnaan atau sebaik-baiknya. Segala nya yang dibuat oleh kita, biar lah hati kita ada ketetapan iman. Niat hanya kerana Allah swt. Insya Allah besar ganjaranya. Bila niat kita betul, Allah akan tunjuk kan jalannya. Dahulu, dalam sebulan atau 2 bulan lepas, mcm saya sendiri ,tidak ada motivasi utk pergi kerja, atau mcm dulu masa belajar , utk pergi ke kelas. 

kenapa saya pergi kerja? 
antara jawapan saya : sbb semua org kerja, sebab kene cari DUIT. 

kenapa saya pergi belajar? 
antara jawapan saya: sebab semua orang belajar, sebab saya rasa ini lah takdir saya (ewah, sampai masters tau, tp tinggal lagi 1 sem, saya undurkan diri), sbb nak dapat kerja best-best, nak cari DUIT. 

kebanyakkan kita mcam saya sendiri, MOTIVASI nak berjaya adalah kerana FAEDAH atau DUIT atau HARTA BENDA.

Apa yang diperkatakan oleh Ahli Panel semalam, Ustaz Hazlin Baharin dan Ustaz Dr Mohd Izhar Ariff. Jika niat kita kerana selain dari Allah SWT, kesimpulan dari ceramah tersebut, sudah semestinya tidak kemana kita di dunia ini dan pasti nya kita TIDAK REDHA jika ditimpa ujian dari Nya. Seperti saya sendiri, ada mempersoalkan, 
"kenapa ujian ini utk aku?" 
"kenapa nasib aku tidak sama mcam orang lain?" 
Ya Allah, Jahil betul saya , boleh mempersoalkan takdir saya. Padahal , dari kecik kita sudah di ajar, dalam RUKUN IMAN iaitu "PERCAYA PADA QADA' DAN QADAR". SubhaAllah.

Dan ALHAMDULILAH, ada juga sahabat-sahabat dan juga saudara yg bertanya pada saya, 

Apa perasaan saya setelah berhijrah?
Apa perbezaan nya dulu dan sekarang?

Pada mulanya, saya berhijab pada hari pemergian bapa saya pada 30 september 2013, kerana majlis tahlil. Dan 2 3 hari berterusan berhijab kerana majlis tahlil atau lebih pedih sikit ayat "MAJLIS KEMATIAN" dan akhirnya setelah mendapat nasihat dari beberapa Hamba Allah swt yg baik yang menyuruh saya menutup aurat, kerana MUNGKIN :

TERSEKSA ARWAH BAPA SAYA DI DALAM SANA.
KITA TIDAK TAHU APA YANG TERJADI, ATAU APA YANG ARWAH ALAMI DI SANA.
SEDIKIT SEBANYAK, KITA BANTU ARWAH DENGAN

Doa utk arwah selepas SOLAT, 
Sedekah ZIKIR, 
Sedekah YASSIN, 
Segala perbuatan BAIK dan BURUK yang SAYA buat di DUNIA ini, arwah mendapat SAHAMNYA, 

kerana SAYA ANAK DIA.

Saya tidak dapat gambarkan perasaan ini iaitu "PERASAAN PERGINYA AYAH" . Betapa lemah saya, betapa sedih nya saya, tidak dapat digambarkan.....jika hilang depan mata, Boleh dicari, Hilang Meninggalkan kita buat selama-lamanya.......?

Jadi, saya membuat keputusan utk menutup aurat kerana SAYA SAYANGKAN AYAH SAYA. Saya tidak mahu dia dpt SAHAM ape yg sy buat didunia. Segala dosa sy buat akan dpt juga dia serpihannya. Jadi, itu niat pertama saya. Kerana saya sayang kan bapa saya.

Selepas tu sebab yg ke 2 kerana, saya fikir jika saya yg pergi dulu, apa yg saya ada bawa ke sane? 

Ijazah saya ? 
atau Duit ? 
Kereta? 
Rambut yg saya tayang-tayang ni nak bantu saya ke?
Baju2 yg sy pakai yg x tutup aurat tu? 
Make up yg saya pakai tu? 
DAN
boleh kah , mak saya tolong saya yg sudah berada dalam LIANG LAHAD nanti? 
adik beradik saya? 
atau sahabat -sahabat saya ??

Dan sejak berhijrah berhijab, automatik mcm2 yang bertukar. Dari mula, niat berhijab hanya kerana niat sayangkan arwah, fikir plak, dah berhijab, tp xkan diri ni kosong saja? Setakat pakaian yg tutup tubuh kita ni, mcm PATUNG MANNEQUIN pakai baju lah. tp diri kita dgn Allah swt? 
Jadi, sy solat.. walau xpenah lg cukup 5 waktu lagi, saya mengaku tp sy cuba perlahan2. Sy cuba xkan miss at least 1x solat dlm sehari (ada 5 waktu solat, saya akan SOLAT 1x sehari, Mungkin Zohor sahaja atau Asar sahaja.. Kadang2 miss juga) saya tahu, ramai kawan-kawan saya juga berada di STAGE ini. dan saya juga masih dalam belajar, sy tahu mungkin pembelajaran sy sedikit lambat sebab diri saya dh mcm 'mualaf' :( sy tidak malu mengaku tp itu memang kenyataan.



Walau pon sedikit perubahan yg sy buat dalam hidup saya, ianya sudah bg impak yg sgt besar! dan ALLAH SWT benar-benar baik, benar-benar Pemurah,dan Dia mendgr doa hambanya ini, sy perasan yg sedikit sebanyak doa saya dimakbulkan olehNya.. dan sy bersyukur sgt2. Betapa hebat nya Dia, sy igt dia SIKIT, dia bagi saya BANYAK, ntah apa yg sy akan dapat kalau saya igt dia BANYAK??? MASYAALLAH. 
Kadang2 terasa malu dan jahil sgt dgn NYA. Sy yg igt DIA sikit2, DIA igt sy sentiasa. Allahu Akhbar.

Balik pada pokok cerita ni, sy nak ckp, saya benar2 ucap Alhamdulillah sejak berhijab.. sy tenang, sy tidak lagi rasa perasaan JIWA KOSONG lagi buat masa ini. 
Dulu, perasaan ni selalu dtg, 
rasa KOSONG sgt. 
Rasa mcm sunyi... 
rasa mcm sedih.. 
Rasa macam terjatuh, terjelepuk ke tanah...

Tp skrg, kalau tetiba dtg perasaan mcmtu, sy akan terus igt Allah swt, dan sy fikir , yg Allah swt itu sentiasa bersama sy. 
DIA menjaga saya. 
DIA melihat saya. 
DIA melindungi saya. 
TIADA siapa didunia ini boleh jaga saya seperti mana DIA! 
Doakan saya saya terus ingat padaNya

Itu sebab... jawapan saya pada beberapa org yg bertanya keadaan saya, saya akan cakap ALHAMDULILLAH. BEST. DAN TENANG.

Ini jawapan saya sejak saya berhijab dari 1 Oktober 2013 hingga hari ini (15 November 2013). 

Doakan saya akan terus berada di JALAN INI. 
Dan berterusan TENANG dan 
BERTERUSAN ISTIQOMAH 
dan SEMOGA TIDAK DITARIK KEMBALI HIDAYAH YG DIA TELAH BERIKAN 
*ini yg sy paling takut, Dia maha memberi, DIA maha menguji* . 

Sama-sama yang baca entry ini, Doakan utk sy ye
AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN

Kepada kawan, sahabat, saudara seislam atau sesiapa sahaja yg membaca ini, yg perempuan, jangan ditakut atau di fikir2kan utk berhijab. Kerana, saya PASTI, selepas anda 'berhijrah', anda xkan menyesal. 

PERCAYALAH. 
Sedikit demi sedikit kebaikan akan datang dengan sendiri kepada diri anda jika NIAT anda berubah KERANA ALLAH SWT.

INSYA ALLAH.
dan BERINGATLAH, 
JANJI ALLAH SWT ITU PASTI.
KEMATIAN ITU JUGA PASTI.


ASSALAMUALAIKUM.

nota: ini cerita baik buruk yang datang dari diri saya sendiri ini hanya dengan niat utk berkongsi sahaja. Ini apa yg saya rasa dan alami! Saya hanya manusia biasa, yang memang tidak sempurna, dan masih dalam membetulkan diri ini, dan SALAH DAN SILAP saya, TEGURLAH saya. Dan saya harap dengan berkongsi PENHIJRAHAN saya ini,. semoga dapat memberi sedikit kekuatan kepada yg juga ingin berHIJRAH. 

*ayat pon tidak ditapis betul ke salah, paham -paham la ek.*



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...