OKAY TAK BLOG KITA?

Popular Posts

Sunday, 30 November 2014

Nukilan : Genggam bara api

Iman bak bara api
Ku genggam erat takut akan menepasi jari-jemari
Cinta agung yg buat aku kuat di sini
Jangan dibiarku berbalik hati.
Takut ku lepas segalanya pergi.

Ya Rab,
Ku masih mencari-cari.
Ku masih bertatih lagi.
jalan berliku mana yg perlu ku tujui.
Semakin hari semakin lemah jari jemari
Aku perlukan Mu, Ya Rahim
Segala liku yg kau beri menjadi rezeki
Tapi Jangan kau biarkan ku melepasi jari jemari
Mohon padamu, doa hambamu ini.

Nukilan : Takut Mati

Ramai orang takut mati.
Tapi gaya mcm tak akan mati.
Segala insurance dibeli.
Insurance akhirat jer tak di cari.
Bagai tak percaya pada hari bertemu Ilahi.
Hari pengadilan amalan selama ini.


Takut itu. Takut ini.
Tapi usaha langsung tak lagi.
Katanya tunggu hidayah ketuk hati.
Tak sempat tunggu, malaikat maut bagi salam dulu nanti.

Kisah kau, aku ada dlm kitab suci.
Selak saja ada kisah hidupmu pasti.
Kisah Hajar, Firaun, Ibrahim, dan mcm2 lagi.
Semua berkait dengan zaman milenium ini.

Akhir zaman semakin hampir.
Jangan tunggu tunggu lagi.
Ambil masa muhasabah diri.
Langkah pertama pasti banyak duri.
Jgn gusar dan khuatir lagi.

Maaf andai tersalah kata.
Hanya sedih dan takut nanti.
Pada hari itu, akan disoal setiap inci.
Pasti byk yg aku kesali.

Monday, 13 October 2014

Nukilan : Corak Si Remaja

Remaja.
Janganlah ikut sedap rasa,
ikut kata hati - mati.

Remaja.
Seronoknya dikau memadu kasih,
Berdua-dua dan di tambah si ke - 3,
lelaki atau perempuan, sama sahaja,
Akhirnya jatuh juga ke lembah hina,
Si Dia mengilai menari-nari,
Lihat dikau berdua menuruti.

Remaja.
Kini, yang batil dilihat benar,
Yang benar seperti batil,

Remaja
Sedarlah wahai sayang,
Pilihlah jalan hidupmu,
ini lah titik penentuan nya,
Coroklah kain putihmu menjadi seri,
Jika tidak, menyesal hitam nanti akhirnya.

Remaja
Dunia akhir zaman ini banyak cabaranya,
Kau gengamlah iman mu,
Sabarlah dalam meniti hari mendatang
Hanya sabar dan jihad itu jawapanya.
Moga dikau sentiasa dilindunyi oleh-Nya



Wednesday, 1 October 2014

Nukilan : Mari ke Syurga

Sahabat,
Pilih lah jalan mu.
Pilih lah yang boleh memberi mu ganjaran syurga.
Kau, aku... kita semua ada sebab mengapa kita dicipta.
kita ada tanggung jawab yg perlu dilaksana.

Wahai Sahabat,
Dunia ini hanya sementara,
Disana adalah selama-lamanya,
Marilah kita mengejar intan permata syurga
Dari kita ditipu oleh batu yg berkilau di dunia fana.

Wahai sahabat,
Masa kau..aku.. kita semua semakin hampir,
Janganlah kau tangguh lagi teman,
Mari?
Kita bersama menuju ke syurga hakiki?
Jgn lah ditangguh seketika saat lagi.
Kerana bila2 masa dikau boleh pergi berjumpa ilahi.

Wahai sahabat,
Tuhan kita itu maha pengampun,
jangan kau risau akan dosamu,
Walau seluas lautan !
Walau setinggi langit!
Walau sebesar alam semesta!
Allah juga lah yg akan mengampunkan dosa2 besar mu,
Hanya kau perlu tunduk kan kepala mu
Menyembah pada Tuan mu.
- sobatsyurga ♡

Thursday, 25 September 2014

Terkenal di kalangan Penghuni Langit

Kisah 2 sahabar ini sentiasa bermain dalam fikiran saya sejak dari hari tu. 
Jadi, saya kongsikan.
Jangan kita lihat org itu cacat, miskin, atau kaya, atau pangkat dan sebagainya, 
kerana mungkin dia cacat atau miskin, tapi nilai diri seseorang itu lebih tinggi di sisi Allah dari diri kita yang terlalu byk dosa ni.

Moga bermanfaat untuk kita semua.
-------------------------------------
Perkongsian dari Ustaz Ebit Lew
Seminar Keluarga Sunnah

1. Kisah tentang Zahir r.a yang cacat
Zahir r.a adalah seorang yang mempunyai akhlak yang baik dan selalu memberi hadiah pada Nabi saw. Pada satu hari, Nabi terjumpa Zahir r.a di sebuah pasar dan Nabi saw bergurau dengan memegang Zahir dari belakang dan menutup mata nya dan bertanya "siapa nak beli budak ini?"
Zahir r.a tahu yang pegang itu Rasulullah saw dan dia pun jawab "Ya Rasulullah saw, kalau kamu jual saya, tiada orang pun nak beli saya" dan
Nabi saw jawab "Jika kamu tidak dikenali di dunia, tapi kamu disayangi oleh Allah dan kamu dikenali di sisi penghuni langit."
---------------------------------------------------------------------

2. Kisah tentang Abu Dzar r.a
Pernah satu ketika, Malaikat Jibril dtg kepada Rasulullah saw, dan berkata "ya Rasulullah, itu Abu Dzar ya Rasulullah"
Rasulullah saw bertanya kembali "kamu kenal Abu Dzar ?"
Jibril menjawab semula "Bukan aku sahaja yang kenal Abu Dzar, seluruh penghuni langit kenal siapa Abu Dzar r.a"
------------------------------------------------------------

Ini kisah2 sahabat nabi yang manusia biasa2 yang tidak terkenal di dunia, miskin dan biasa sahaja tapi terkenal di kalangan di kalangan penghuni langit.
 
Kita takut sebenarnya, kita ni dikenali di dunia sebagai orang terhormat atau orang baik-baik tapi kita takut di akhirat nanti sebenarnya Allah swt tidak terima hidup kita dan sebab tu kita kene sentiasa berharap hidup kita ini sentiasa dapat redha Allah swt. Mohon Allah sayang kan kita.
Sudah lama kita hidup dan macam-macam niat datang, tapi kita tukar lah mulai hari ini,
"ya Allah, saya nak kau GEMBIRA dengan saya dan saya dapat segala-galanya. Jika Engkau MURKA dgn ku Ya Allah, saya hilang segala-galanya"
Mohon la sentiasa pada Allah swt.

‪#‎keluargasunnah‬ ‪#‎ustazebitlew‬

Thursday, 18 September 2014

Tempat best nak tambah Ilmu


Assalamualaikum, 

Agak lama saya tidak 'menulis' di sini. Alhamdulillah, keadaan bertambah baik. Sebenarnya saje nak share something tapi dengan syarat, kene baca sampai abis. heehhe. ;)

Sebenarnya sejak dari mula nak berubah /berhijrah dolu-dolu, saya mencari-cari tempat untuk menuntut ilmu. Tempat nak belajar semula dari asas. Heeeehee. Ye la, masa sekolah dulu main-main siap ponteng sekolah agama, sbb malas punya pasal. So sekarang menyesal  :P  
*sila jangan tiru perangai yang BAIKK sgt ni*

Lepas tu, ntah macam mane, 1 hari tu ternampak tweet Ustaz Asyraf (Imam Muda Asyraf) tentang anjuran kelas Asas fardhu ain di pejabat beliau. So, Ape lagi, terus la join! heheeh. masa tu, rasa mcm Allah swt jawab doa saya. tak tau nak cakap macam mane! 
(cakap je lah Alhamdulillah, yee dookk =p )

Jadi, bulan November 2014 ni, rasa nya dah setahun la join kelas ni. Pada mulanya hanya ada Kelas Fardhu Ain jer yang di ajar oleh Ustaz Asyraf sendiri, tapi sekarang dah ada MACAM-MACAM. 

Nak tau kelas apa ada?

kelas Fiqh ada... 
Kelas Hadis ada...
Kelas pelbagai kitab la pun ada. 
Kelas mengaji Al-quran pun ada...
*pssttttt, boleh mengaji dari Iqra tauuuuuu*

Dan kalau kelas yang memang paling ramai sekali...sampai duduk kt luar, tangga pun ada (ah,. ini nipu :P)
sudah tentu kelas Tok Guru kita tu...
Kelas yang hanya ada sebulan sekali, Kelas Asas Fardhu Ain oleh Imam Muda Asyraf sendiri. Kelas ni, belajar tentang cara solat yang betul, cara amik wuduk, cara sebutan tajwid, and macam-macam lagi.. 
dan nak tau yang paling best? Boleh tanya soalan straight face-to-face kat ustaz benda yang kita tak tau.. and dapat jawapan time tu gakkkkkkkk! :P

Oh, untuk kelas mengaji Al-Quran pula pada setiap hari selasa jam 8.00 malam - 10.30 malam, dan kadang-kadang kalau Ustaz-Ustaz ni baik hati, diorg ceritakan ibrah surah-surah yang kita baca. 
*baik tak  ? baik kan.. mane nak dapat , g ngaji pastu ada ustaz explain kenapa surah ni Allah swt turunkan hihiih*

 Kelas-kelas ini dibuka untuk semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, org berumur ker, bapak org ker, bini orang ker, sume boleh join! boleh bawa anak-anak sekali datang tauuuuuuu.

ini masa birthday Ustaz, ada suprise dari Anak murid, heeehe. Rasanya Kak mid yang siap beli kek. 

Ini masa majlis Open House baru ni. Ustaz Asyraf siap bawa artis jemputan :P


Bergambar bersama jejaka-jejaka Ahli RF

Bergambar bersama hakak-hakak JEMAH RF :p

Ini gambar paling latest bersama ustaz Asyraf

Jadi...tempat best ni....

ialah...

Kalau ada yang berminat nak join, jom jer lah join k! 

tak yah segan atau malu ker sebab kalau malu nnt diri sendiri rugi. ehehhe

boleh juga usha-usha aktiviti kitorg 

FACEBOOK : Rumah Fikir

INSTAGRAM : Rumah Fikir

kalau nak datang, takut sesat ker ... boleh call penyelamat ni 0195481119 (Pak Din) 

oh lupa nak cakap, tempat ni di Bandar Baru Bangi, seksyen 3...

ini alamat 
41B, Jalan 3/69, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi 43650 Selangor. 
landmark - atas Restoran Ikan bakar 4 rasa


Monday, 16 June 2014

Bestnya syurgaaaaa!!

Perkongsian dari seminar inspirasi Al Quran. Syurga itu sifatnya tempat yg indah dan mmg kita tak boleh nak imagine lgsg.

Tapi.. janji Allah itu pasti.

Adanya syurga. Ada Neraka.
Kita kurangkan ckp tentang neraka. Kita bykkan ckp tentang syurga. :)

Bayangkan...kita dapat masuk syurga. Boleh buat apa kita suka.

Boleh lepak chill dgn sahabat2 kita.
Lepas tu.. boleh jmpa sapa jer kita nak.
Boleh ajak Siti aisyah r.a pergi shopping with unlimited limit credit card lg
Boleh selfie dgn Nabi Yusuf a.s (sbb paling handsome)
Boleh main make up2 dgn Asiah (isteri Firaun)
Boleh bungee jumping dgn Saidina omar r.a.
Boleh buat apa saja yg kita nak.

And....Bayangkan... kita bertalaqi membaca Al quran dgn Rasul kita...Nabi Muhammad saw...Allah..

And the bestttttttt besttt best part... hehehe. (menunjukkan sgt best hihi)

Bila kita sudah berpenat lelah berpeluh2 di padang mAsyar dan slepas berjaya melepasi titian Mizan. Kita di jemput masuk ke syurga oleh Malaikat. Dan kita di beri pakaian, diberi makan dan rehat sebelum dibawa bersiar2 di Syurga. Dan..... kita bertemu dgn Maha Pencipta Kita dlm keadaan gembira . (Allah Akhbar!!) Allah akan menjemput kita ke syurgaNya dan akan greet sorg demi sorg dan diberi minum olehNya. Allah swt yg akan 'hidang' kita air.

Al-'Insān:21 - Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.

Bayangkan....ini mmg benar. Ini kenyataannya! Ada tertulis dlm Al Quran. Allahu akhbar.

Perkongsian yg x sberapa dari sy.

Saturday, 26 April 2014

Ujian & Nikmat

Ujian dan nikmat yg Allah bagi pd setiap hambanya adalah berlainan.

Dan jika kita tergolong dlm golongan yg x diuji dgn kesusahan, maka sbnrnya kita sedang diuji dengan kesenangan. Kadang2, kita tidak sedar sbnrnya yg kita sedang diuji dgn kesenangan, maka... kita akan hanyut dgn dunia.
Kesenangan boleh diukur dgn wang, status, rupawan, populariti, pendidikan, kesihatan, dan banyak lagi.

Tanyakan pada diri, kesenangan mana yg Allah bagi di dunia ini yg kita akan bawa MATI?
Jawapanya: Tidak ada. Semuanya akan ditinggalkan di sini 1 hari nnt. Benda yg kita kejar selama ni, tidak memberi apa2 makna sbnrnya. Kita sedang dlm kerugian besar. Berpuluh tahun hidup, kita kejar apa? DUNIA.

Dan NIKMAT Allah bagi pd kita di dunia ini, sangat lah tak ternilai. Semenjak lahir didunia kita diberi nikmat, tp tidak sesekali kita ucapkan syukur. Tidak sesekali kita rasa kebesaran Allah swt.

Dan terdpat beberapa golongan yg tidak sedar yg mereka telah ditarik nikmat mereka! Kerana, mereka dlm keadaan senang and tidak susah.

contoh: nikmat melihat, nikmat mendengar, nikmat bernafas dan sbgainya.... tp sedarkah kita nikmat apa yg paling utama yg kita kehilangan?

Nikmat SOLAT. Nikmat ALQURAN. Nikmat BERZIKIR. Nikmat SEDEKAH. Nikmat MELAKUKAM SUNNAH. Nikmat BERTAUBAT.

Tanpa nikmat2 ini, rasa2 ke mana akhirnya hala tuju kita?

:'( Allahurobbi.

Banyak kan doa sahabat2, pasang niat skrg,
AKU INGIN JD ORG YG SOLEH. AKU INGIN BERUBAH. YA ALLAH, PERCEPATKAN DAN PERMUDAHKAN LA PERMINTAAN KU. BERILAH AKU HIDAYAHMU. JGN BIARKAN AKU TERGOLONG DLM GOLONGAN YG RUGI.

Amin. Allahuma Amin.

Sunday, 16 February 2014

SAKINAH, PEMBERIAN ILAHI

Perkongsian Ilmu pd Hari Ini;

Dlm kehidupan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini,
 tahukah anda sewaktu bila roh kita bertemu Yg Maha Pencipta?

Yg PASTI, 
hanya jiwa yang tenang(SAKINAH) sahaja, rohnya akan bertemu Yg Maha Pencipta! 

Dan utk mendapat Sakinah itu, hanya apabila kita benar-benar ikhlas serta  hati kita suci dan bersih, nescaya kita akan dpt bertemuNya 
dan Allah swt akan memberi ketenangan yg tidak mungkin dpt dicari di mana2.

Dan roh kita akan betul2 'menuju' dan 'berjumpa' dgn Allah swt;

[1] tika malaikat maut mengambil 'kita' dari 'badan manusia' yg hanya utk dunia dan akan dibawa ke alam sebenar.Tika saat ini, yg ada hanya DIRI KITA, IAITU ROH. Roh ini lah yg akan bertemu Ilahi dan yang menjemputnya, iaitu malaikat Israil .

Pada masa ni, tidak ada DUNIA, HARTA, KELUARGA, KERETA, CINTA MANUSIA, NAFSU, MUKA YG LAWA /HANDSOME, KULIT YG PUTIH GEBU/MULUS, POPULARITI, STATUS DAN PANGKAT ???

Ya, hanya ROH .

Roh itu lah diri anda sebenar! 

seperti yang Allah swt berfirman dalam Surah As Fajr (38: 27-30)

"WaHai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku "

[2] tika kita tidur dlm keadaan tenang (dgn berwudu sebelum tido, solat taubat, baca 3 kul dan doa tidur) dan dilindungi dan bertemuNya, tapi jika bermimpi buruk , maka roh kita tidak bertemuNya.

Allah swt berfirman di dalam surah Az Zumar (38 :42)

"Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya)."

[3] tika kita solat/zikirullah dgn khusyuk, kita memohon kepadanya, meminta dlm keadaan jiwa yg suci , tenang dan ikhlas.

Jadi, sudah 20 tahun lebih hidup, dari ke3 tiga ni, atau pd bila2 masa,
PERNAH TAK KITA RASA 'TENANG' (sakinah) dan rasa PUAS dgn material??
Kerana SAKINAH xkan hadir dlm diri kita, jika NAFSU kita tidak PUAS.

Persoalannya.............Dimana SAKINAH?
Jawapan nya hanya pada dalam ROH /JIWA YG IKHLAS dan BERIMAN PD QADA' DAN QADAR

Jadi di mana status anda?
Tepuk dada, tanya selera.


Wawahhualam

Tuesday, 11 February 2014

Nukilan : Tiada Yang Sempurna

Kesempurnaan?
Itu lah yg dicari oleh setiap insan.
Kesempurnaan dlm kerjaya
Kesempurnaan dlm bercinta
Kesempurnaan dalam kehidupan

kadang2, aku terlalu mencari kesempurnaan diriku
Kadang2, kesempurnaan itu amat memenatkan.
Kadang2, mencari kesempurnaan itu boleh mematahkan semangat.
Kadang2, utk menjadi kesempurnaan itu, buat aku tidak jujur dgn diri ku
Dan Kadang2, terlalu ingin menjadi kesempurnaan telah buat aku tidak bersyukur dgn pemberian Ilahi.

Tapi jujur,
Aku penat.
Sungguh.

Aku tidak tahu di mana tahap aku,
Tapi aku tahu dimana kelemahan aku.
Puas aku cuba,
Satu ketika , lemah dan patah sungguh rasa
Aku hanya manusia biasa.

Wahai shuhadah,
Jangan engkau kejar kesempurnaan
Jangan engkau patah semangat
Manusia sememangnya dicipta tidak sempurna

Wahai shuhadah,
Jangan dikau kejar harta dunia
Jangan dikau harap pada manusia
Pintalah dikau pada yg Esa

Wahai shuhadah,
Tahukah engkau,
Pencipta kau itu Maha Bijaksana
Malah, diberi ganjaran atas usaha
Usaha dan sabar mu akan dinilai
Menjadi modal utk menikmati syurga

Wednesday, 22 January 2014

Nukilan : Sahabat Syurga

Perjalan hidup setiap insan tidak sama
Dan kerana itu, hidup kita ini menjadi indah.
Bila kita ni ada di atas,
jgn pula difikir, mengapa "mereka tidak boleh jadi seperti ku?"

Wahai Teman, 
Kita tidak sama, Kau dan Aku mmg berbeza
Ujian tidak sama. , Persekitaran tidak sama.
Pengalaman pahit kita alami dr kecil tidak sama.
Pengalaman manis yg mengajar kita juga tidak sama.

Wahai Sahabat,
Boleh jd, ada yg berlatar belakang kan ilmu penuh di dada.
Boleh jadi, ilmu diturunkan dan di paksa oleh ibu bapa.
Bagaimana pula yg tiada berlatar agama ?
Bagaimana pula yg tiada ibu bapa?

Wahai Sahabat.
Itu sbb, perjalanan kau, perjalanan aku.
Jika dihitung itu saja sudah cukup.
Ia memang tidak akan sama
Kau. Aku....dan di akhir nye pula tidak pasti yg mana,
hanya antara dua, Ke Syurga atau Ke Neraka, itu pasti.

Wahai Teman,
Hanya 1 yg aku pasti dan sama antara kita.
Sama-sama kita berganding bahu.
Sama sama kita saling membantu.
Kau hulur tangan mu
Bantu diri dan berlari seiring bersama mu
Janganlah kau lepas tangan ku
Kau pegang jemari kanan ku.
Aku pegang jemari kiri mu.
Kita sentiasa bersama mengejar impian yg satu.
Hanya mampu berusaha, segalanya terletak padaMu, wahai Tuhanku.
Aku, dia, kita semua...
Berharap sekali dapat bertemu kekasihMu dan dikau yg Satu!

- Sobat-Syurga
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...