Kisah 2 sahabar ini sentiasa bermain dalam fikiran saya sejak dari hari tu.
Jadi, saya kongsikan.
Jangan kita lihat org itu cacat, miskin, atau kaya, atau pangkat dan
sebagainya,
kerana mungkin dia cacat atau miskin, tapi nilai diri
seseorang itu lebih tinggi di sisi Allah dari diri kita yang terlalu byk
dosa ni.
Moga bermanfaat untuk kita semua.
-------------------------------------
Perkongsian dari Ustaz Ebit Lew
Seminar Keluarga Sunnah
1. Kisah tentang Zahir r.a yang cacat
Zahir r.a adalah seorang yang mempunyai akhlak yang baik dan selalu memberi hadiah pada Nabi saw. Pada satu hari, Nabi terjumpa Zahir r.a di sebuah pasar dan Nabi saw bergurau dengan memegang Zahir dari belakang dan menutup mata nya dan bertanya "siapa nak beli budak ini?"
Zahir r.a tahu yang pegang itu Rasulullah saw dan dia pun jawab "Ya Rasulullah saw, kalau kamu jual saya, tiada orang pun nak beli saya" dan
Nabi saw jawab "Jika kamu tidak dikenali di dunia, tapi kamu disayangi oleh Allah dan kamu dikenali di sisi penghuni langit."
---------------------------------------------------------------------
2. Kisah tentang Abu Dzar r.a
Pernah satu ketika, Malaikat Jibril dtg kepada Rasulullah saw, dan berkata "ya Rasulullah, itu Abu Dzar ya Rasulullah"
Rasulullah saw bertanya kembali "kamu kenal Abu Dzar ?"
Jibril menjawab semula "Bukan aku sahaja yang kenal Abu Dzar, seluruh penghuni langit kenal siapa Abu Dzar r.a"
------------------------------------------------------------
Ini kisah2 sahabat nabi yang manusia biasa2 yang tidak terkenal di dunia, miskin dan biasa sahaja tapi terkenal di kalangan di kalangan penghuni langit.
Kita takut sebenarnya, kita ni dikenali di dunia sebagai orang terhormat atau orang baik-baik tapi kita takut di akhirat nanti sebenarnya Allah swt tidak terima hidup kita dan sebab tu kita kene sentiasa berharap hidup kita ini sentiasa dapat redha Allah swt. Mohon Allah sayang kan kita.
Sudah lama kita hidup dan macam-macam niat datang, tapi kita tukar lah mulai hari ini,
"ya Allah, saya nak kau GEMBIRA dengan saya dan saya dapat segala-galanya. Jika Engkau MURKA dgn ku Ya Allah, saya hilang segala-galanya"
Mohon la sentiasa pada Allah swt.
#keluargasunnah #ustazebitlew