OKAY TAK BLOG KITA?

Popular Posts

Monday, 13 October 2014

Nukilan : Corak Si Remaja

Remaja.
Janganlah ikut sedap rasa,
ikut kata hati - mati.

Remaja.
Seronoknya dikau memadu kasih,
Berdua-dua dan di tambah si ke - 3,
lelaki atau perempuan, sama sahaja,
Akhirnya jatuh juga ke lembah hina,
Si Dia mengilai menari-nari,
Lihat dikau berdua menuruti.

Remaja.
Kini, yang batil dilihat benar,
Yang benar seperti batil,

Remaja
Sedarlah wahai sayang,
Pilihlah jalan hidupmu,
ini lah titik penentuan nya,
Coroklah kain putihmu menjadi seri,
Jika tidak, menyesal hitam nanti akhirnya.

Remaja
Dunia akhir zaman ini banyak cabaranya,
Kau gengamlah iman mu,
Sabarlah dalam meniti hari mendatang
Hanya sabar dan jihad itu jawapanya.
Moga dikau sentiasa dilindunyi oleh-Nya



Wednesday, 1 October 2014

Nukilan : Mari ke Syurga

Sahabat,
Pilih lah jalan mu.
Pilih lah yang boleh memberi mu ganjaran syurga.
Kau, aku... kita semua ada sebab mengapa kita dicipta.
kita ada tanggung jawab yg perlu dilaksana.

Wahai Sahabat,
Dunia ini hanya sementara,
Disana adalah selama-lamanya,
Marilah kita mengejar intan permata syurga
Dari kita ditipu oleh batu yg berkilau di dunia fana.

Wahai sahabat,
Masa kau..aku.. kita semua semakin hampir,
Janganlah kau tangguh lagi teman,
Mari?
Kita bersama menuju ke syurga hakiki?
Jgn lah ditangguh seketika saat lagi.
Kerana bila2 masa dikau boleh pergi berjumpa ilahi.

Wahai sahabat,
Tuhan kita itu maha pengampun,
jangan kau risau akan dosamu,
Walau seluas lautan !
Walau setinggi langit!
Walau sebesar alam semesta!
Allah juga lah yg akan mengampunkan dosa2 besar mu,
Hanya kau perlu tunduk kan kepala mu
Menyembah pada Tuan mu.
- sobatsyurga ♡
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...