OKAY TAK BLOG KITA?

Popular Posts

Saturday, 6 February 2016

Kenapa Saya Berniaga?




Assalamualaikum Semua,


Lama juga saya tidak update blog dan rasa kekok nak berkongsi. Untuk pengetahuan, saya sudah pun berkerja sendiri mulai 1 September 2015 secara sepenuh masa setelah saya rasa telah tiba masanya untuk saya mulakan langkah untuk capai Impian saya iaitu INGIN MEMPUNYAI PERNIAGAAN SENDIRI dan IMPIAN sebelum umur 30 tahun (ehemmm. skrg BARU 27 tahunnnn :P ) pula ialah ingin mencapai 10% dari perjalanan menjadi usahawan berjaya. Jadi, saya ada 3 tahun sahaja berusaha untuk saya capai impian saya.

.
Dengan itu,saya menubuhkan Ummy Shuhadah Enterprise dan Gifts & Favors By Mama adalah brand saya. Gifts & Favors By Mama ini menawarkan servis surprise planner, dekorasi pelbagai acara dan pelbagai lagi. 


Tertubuhnya GFBM adalah kerana saya ingin membantu ramai orang terutama pasangan-pasangan yg sudah lama berkahwin. Seperti yang sedia maklum, kes penceraian pd zaman ini sgt tinggi dan ini terjadi kerana mcm-mcm faktor dan yang penting, semua berkait dgn EMOSI.
.
Semua orang tidak akan sangkal, yang pd permulaan perkahwinan adalah waktu yg paling romantis, penuh rasa kasih syg dan cinta. Tapi lama kelamaan, perasaan semakin hambar , yang menjadi kan hubungan itu masih kekal dan bersama adalah TANGGUNGJAWAB.
.
Kami ingin membantu anda & pasangan utk merasai semula kebahagian seperti baru mula berkahwin dan bahagia hingga ke hujung nyawa.
.
Wanita zaman ini mempunyai kerja tanpa henti dari bangun pagi uruskan anak, suami, keluarga, makan minum, pergi kerja dan seterusnya tekanan di tempat kerja, balik jam, uruskan anak, urus makan malam, basuh baju dan sebagainya.
.


Betapa hebat mereka! Mereka buat tanpa mengeluh dan tanda kasih dan syg pd keluarga mereka.
.
Tetapi, percaya atau tidak, EMOSI wanita ini sentiasa berubah-rubah dan sgt mudah juga emosi mereka berubah.
.
Dan kerana ini, wanita sering berCAKAP banyak. Dengan bercakap, mereka dpt melepaskan EMOSI mereka. Sama ada sedih, penat, gembira dan sbgainya.
.
Pujian atau kata-kata penghargaan dari seseorang sudah cukup untuk menghilangkan kepenatan yang di alami oleh kaum wanita ini.
.
Dan ada sebilangan lelaki mmg tidak reti memberi pujian, atau tidak reti membantu di rumah bukan mereka tidak mahu.
.
Sebab itu, kami ingin bantu ANDA. .
.
Para suami atau isteri, para bapa atau ibu, para anak atau ibubapa.


.
Kami ingin bantu kedua-dua belah pihak. Kami ingin bantu lelaki utk jd lebih romantis dan bantu wanita utk rasa dihargai.
.
Percaya atau tidak, ini boleh membantu anda, pasangan anda, dan keluarga anda utk jd lebih bahagia.
.
Isteri gembira.
Suami bahagia.
Keluarga gembira.
Masyarakat bahagia.
Dan insyaAllah, negara dan agama juga terjaga.
.
Itu lah visi sebenar kami.
.
Ummy Shuhadah.
Business Owner.
Gifts & Favors By Mama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...