cita-cita ku ! cita-cita pertama ku : Doktor
sebab : ayah yang suruh, oh masa tu, igt lagi. ayah panggil aku, kakak dan abang. kami bertiga pon berdiri di hapadan ayah . sedangkan aku yg bongsu ketika itu, diri di tgh-tgh, di antara paha ayah.
ayah : kak yong nnt da besar , kak yong tau tak cita-cita kak yong?
kak yong : *geleng-geleng*
ayah : dah besar nnt, kak yong jadi cikgu k? igt tau..
kakak hanya boleh angguk kepala.
ayah : nyah (angah) nnt da besar jadi polis okay? jadi mcm ayah. tau...
nyah pon , angguk-angguk kan kepala. aku tidak pasti sama-ada masa tu, diorg memahami apa maksud menajdi cikgu, dan polis!
sementara aku pula....
ayah: nnt dah besar, shu jadi doktor k? nnt leh la jaga ayah time sakit.
aku masih lagi igt, ketika itu, aku hanya boleh menggangguk kepala menanda kan setuju. dan bermula dari hari itu, bila ditanya, cita-cita nak jadi apa?
akan ku jawab 'DOKTOR'
tapi... masa berjalan pantas, sehingga satu hari, aku di sekolah rendah, aku pasti dan yakin sekali aku tak mahu jadi Doktor seperti Doktor di klinik tu, yang sentiasa bersama jarum dan ubat-ubatan. sbb aku takut dgn semua itu.
jadi aku tukar pula cita-cita ku ketika itu, sesiapa yang tanya , pasti ku jawab 'doktor haiwan'...kerana dek pemikiran cetek ku ketika itu, aku sangka kan doktor haiwan tugasnye bermain dgn haiwan, gembira kan haiwan yang sedih, tapi ada pula yang katakan pada ku
'nak ke jadi Dr Haiwan?nnt kene masuk tangan dalam bontot haiwan tau'
berubah lagi pendirian ku, dari masa ke semasa... ketika itu, kalau sesiapa yang ujarkan soalan apa cita-cita ku, pasti aku akan terdiam , dan hanya katakan
"mahu menjadi Doktor"
tapi ku tahu, dari sudut dalam hati aku, aku tidak ingin menjadi Doktor. tapi menjadi apa?
dari kecil, di antara adik beradik ku, aku seorg yang bercita-cita tinggi, segala-gala mahu kan yang lebih dari yg lain..
mcm-mcm angan-angan ku
"mama, nnt adda nak kereta mcmtu, nak besar-besar"
"mama, nnt kan adda nak 7 org bibik! sorg cuci baju, sorg lipat baju, sorg masak, sorg kemas umah, sorg tlg mama, sorg cuci kereta" (7 bibik tu, masih lagi di ejek2 oleh mama dan adik beradik ku sehingga kini)
"mama, nnt dah besar, shu nak jadi mcm princess, pakai skirt kembang-kembang" (disebabkan aku terlalu ingin jadi seperti princess, sehingga umur ku 12 tahun, aku masih lagi pakai skirt gown, betapa kebudak-budakkannye aku)
kuat berangan aku.... :D