buat masa ini, ini lah tempat punca rezeki aku
dr rezeki ini lah aku hulurkan pada kedua ibu bapa ku setiap bulan
alhamdulillah.
tapi banyak yang perlu diperbaharui. bukan aku tidak suka tapi tidak cukup.
aku hanya manusia seperti manusia lain, sentiasa mahukan lebih dan lebih dan lebih.
disamping inginkan kejayaan, dan kesenangan,
aku perlu bertapak ke tempat lain.
jangan dikata kerana dihamun aku ingin membawa diri, TIDAK!
tapi kerana aku ingin kan lebih dan utk masa depanku!
setiap kali lihat org sekeliling berjaya, aku ingin berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. tapi apakan daya, mereka duduk pon dah tinggi, lagikan berdiri..
pada umurku 24 ini, bukan kemewahan yang ku cari seperti yang lain tapi cukuplah sekadar kesenangan yang dapat utk ku beri pada keluarga ku dan diriku.
apa yang aku inginkan adaalah sesuatu yang menjamin diriku pada ku umur 34! satu kepastian! kesenangan yang konkrit!
bukan juga utk diri ku, tapi utk keluarga ku.
dan yang pasti, sekiranya rezeki berada bersama ku yang bernama seorg anak,
apa yang ku buat adalah utk anak ku.
apa jua yang aku buat , aku hanya fikirkan masa depan ku! adakah nasib aku baik seperti org lain?
adakah aku kana bahagia bersama insan yg bersama suami? atau
adakah aku , ibu kepada sorg anak yang kematian suami?
adakah aku seorg perkerja yang berjaya?
atau
adakah aku seorg wanita yang gagal dan tidak mempunyai apa-apa.
wanita yang hari-hari mengeluarkan air mata menyesal kerana tidak berusaha.
segala nya terletak kepada Allah SWT.
dua perkataan ini benar-benar buat ku takut ,
kepala ku berdenyut mencari jalan
dan jantung ku berdegup laju..
iaitu MASA DEPAN!
No comments:
Post a Comment