OKAY TAK BLOG KITA?

Popular Posts

Wednesday, 31 October 2012

7 TIPS KURUS TANPA BERSENAM!

Assalamualaikum khas utk pembaca muslim dan Hi ! :)

Entry kali ni Shu nak share TIPS kurus, tapi tak yah bersenam! ah gitu! haha.
rupanya, selama ni kita ada jer buat senaman dalam keadaan tak sedar! 
TAPI
Jangan la expect nak turun berkilo-kilo tapi tak mahu bersenam
 dan kalau nak drastic KURUSSSSS.
harus BER-EXERCISE

LISTEN! 
NO PAIN! NO GAIN !
*Wah ! cakap pandai! :P *

Okay, let me share with you guys! 

what is CALORIES?
Calories (ENG) Kalori (MAL) - ialah merupakan nilai tenaga makanan yg di kira 
more info - APA ITU KALORI?

Dalam sehari, berapa KALORI yg diperlukan oleh seseorang?
LELAKI = 2000 - 2500 kalori
PEREMPUAN = 1600 - 2000 Kalori

kalau nak tau utk kira berapa pengambilan kalori korang dalam sehari, boleh tengok entry sebelum ni atau  click sini 

Tips ni sebenarnya utk korang-korang yang memilih utk tak nak bersenam atau utk korang-korang yg nak tau cara utk membakar kalori korang dengan lebih gigih lagi

Jom Baca! 7 TIPS KURUS TANPA BERSENAM! 

KETAWA - Rasanya, ramai dah tau pasal ni, yang KETAWA boleh buat kita KURUS!! dah la HAPPY, pastu boleh kurus! so, JOM KETAWA RAMAI-RAMAI!

SHOPPING -  ah, ni mmg sah, semua perempuan suka! SHOPPINGGG! kalau tak pon, WINDOW SHOPPING pon okay gak. sbb kaum hawa ni suke benor tawaf satu mall tu kan?kalau tawaf satu carefour yg 2 level pon paling kurang 1 jam,ahhh itu belum kalau One Utama ker KLCC ker! itu pon dah kira exercise kan! So, apa lagi? jom ajak mak, ayah, tok, nenek, boyfriend, pacar, cowok, gewe, sugar daddy (opps) , bestfriend, semua pergi SHOPPPIIINGGGG!


JGN GUNAKAN LIF - jangan gunakan lift ? eh eh. abis tu nak guna ape? escalator ? ohh.. escalator pon NO NO. jom kita amalkan NAIK TANGGA. ah! utk pengetahuan korang, setiap larian tangga, boleh membakar sebanyak 5 kalori, walaupun 5 kalori, itu adalah lebih baik dari simpan buat pekasam! tapi kalau pejabat tingkat 29, agak-agak by 9.00 pagi,sempat tak punch in? :P

KEMAS UMAH - so, sekalian , jom la kita mengemas bilik tidur, bilir air, bilik stor, segala bilik, dan living hall, pastu dapur semua nya la, buat lah sekali seminggu!SAPU, MOP & CUCI segala nya on weekend! ajak la teman serumah buat sama, so leh kurus bersama!



MORE SPICY MORE KICK - ahh! lagi pedas, rupanya, dah la lagi sedap, pastu boleh buat kurus! *tapi jgnla sampai pedas boleh kene appendix* nak tau sbb ape? sbb bila makan pedas, ini automatik memanaskan badan kita, pastu automatic jugak ia membakar kalori lebih banyak lagi







PILIH PARKING YG JAUH - sbrnya nak suruh berjalan skit, bila parking jauh, dah mmg confirm TERPAKSA lah berjalan kan jauh. kalau tak nak pon xper, tapi yg penting, if ada peluang utk berjalan, di mana saja dan bebila masa, pilih la BERJALAN yer.



HUBUNGAN 'BERSAMA' - Okay, ini tips hanya utk kepada yg sudah berkahwin sahaja ye! korang-korang tau x, dengan melakukan hubungan 'bersama' ini,ia adalah senaman yang baik dan boleh membakar BANYAK Kalori. dalam masa 30 Minit 'bersama' korang boleh bakar 100 kalori atau lebih lagi tauu.

so, if nak tau lebih? boleh tengok chart ni, even sleeping pon can burn 55 calories! ahh..
more info - click here


Tuesday, 30 October 2012

Jom Kira Kalori Kita Amik hari ini

Jom kira intake kalori kita dalam seharian.

Dalam sehari , intake bagi seorang 
Lelaki ialah antara  2000 - 2500 kalori dan bagi Perempuan pula 1600 - 2000 Kalori.

secara teorinya,
sebanyak 8000 kalori yang terkumpul dalam badan kita yg tidak terbakar sama ada melalui senaman ker atau aktiviti seharian kita  boleh memberi kenaikkan berat sebanyak SATU KILOGRAM. 

so, JOM KIRA BRAPA KALORI DAH KITA AMIK UTK HARI INI. :)

credit - Alamo Restaurant & Catering

nasi Putih ( 1 mangkuk kecil/mangkuk sup cina) = 207 k
Roti canaI kosong = 1/2 mangkuk kecik dhal = 359 k
roti telur + Dhal = 414 k
sandwich sarding (sekeping) = 71 k
capati + dhal = 166 k
kuih karipap (2 bji) = 256 k
murtabak kambing = 722 k 
roti putih (1 keping) = 75 k
laksa penang = 436 kal
mi sup = 381 kal
kway teow goreng kerang = 734 kal
butter/marjerin/mayonaise (1 sudu kecik) = 45 kal
kaya (1 sudu kecik) = 39 kal
buah-buahan (apple/tembikai/betik/pisang/durian - dri sepotong hingga dua ulas) =  31 - 67 kal
oatmeal ngan susu = 356 kal
telor rebus (keras) 1 biji = 76 kal
cucur udang ( 1 keping) = 144 kal
vadai (1 keping) = 194 k
char kway  atau chakoi (1)  = 292 k
doughnut (1) = 268 k
goreng pisang (1) = 129k
apam balik ( 1 potong) = 282k
popia basah (1) = 91k
nasi briani kambing = 587k
nasi minyak + rendang = 664k
mi goreng mamak = 660 kal (3 mangkuk nasi)
mi rebus mamak/melayu = 556 kal
mi goreng = 510 kal
mi kari = 589 kal
nasi lemak biasa (sambal, telor, bilis) = 644 kal
bubur ayam = 348k
ikan kembong goreng (1 ekor) = 219k
ikan bawal/siakap kukus = 65 k
sotong deep fried (1 pinggan kecik) = 630k
satay ayam (10 cucuk) = 365k
kuah satay (½ mangkuk) = 129k
kari kambing ( 2 keping kecik) = 287k
rendang ( 2 keping kecik) = 288k
sayur lemak ( 1 pinggan kecik) = 140k
soup berkerim ( a mangkuk kecik) = 375k
sup sayur (dengan daging/udang) = 200k
telor goreng (1 biji) = 128k
burger (1 biji regular) 317
cheese burger ( 1 biji) = 341
burger extra beef = 438
hot dog = 225
apple pie = 260k
sundae choclate = 380k
pizza (beef/pepperoni) (1 slice) = 155k
pizza (beef/chicken/onion) (1 slice) = 242k
pizza (chicken/pineapple) = 268k
spaghetti+meat sauce+cheese ( 1 pinggan kecik) = 444k
ayam goreng ( 1 potong) = 290k
kepak ayam goreng = 166k
drumstick ayam = 320k
mashed potato ( 1 mangkuk regular) = 87k
coleslaw ( 1 mangkuk kecik) = 62k
french fries ( 1 mangkuk kecik) = 290k
sandwich ayam + salad = 481k
pasembor ( 1 pinggan) = 752k
cendol ( 1 mangkuk) = 199k
low fat yoghurt ( 1 cup 150g) = 100k
ice cream (2 scoops) = 305k
chinese tea = 0k
air buah (bergula) (1 gelas) = 120k
air kelapa ( 1 biji) = 110k
sirap bandung = 150k
milo = 133k
kopi O/teh O (1 sudu kecik gula) = 20k
teh tarik * 1gelas) 83k
nasi ayam = 600 
nasi goreng = 637
claypot chicken rice = 898
rojak buah = 443

Contoh Intake Shu : 

Sarapan pagi - Meehoon goreng (550k) + teh O(20k) 570 kalori
Lunch - Nasi Putih (260 kalori) + Ayam goreng (sepotong) ( 255 kalori) + sawi hijau goreng (55k)  + sambal belacan (1 sudu teh - 10 k x 5: 50 k)  = 620 kalori
Dinner - Roti Putih ( 4 keping - 75k x 4 : 300k) + sosej koktel (105k - 4 ketul) + Milo susu (160k) = 565 kalori

Total : 570 + 620 + 565=  1,755 kalori



credit- google
more info utk kiraan Kalori dalam intake kita sehari-hari - click here



more info of kalori makanan (boleh download and ada byk gila list makanan) click here

Peroleh Pahala

Cara senang utk dptkan pahala
walaupun slps mati . 
Pasang kipas di surau/masjid
wlaupun 1 , setiap kali org guna ,
anda dpt pahala walau slps mati .


Derma kerusi roda di
hospital . Setiap kali psakit guna ,
anda akn dpt pahala .

Beri baju kpd org , setiap kali
org pakai , anda dpt pahala .

Beri makanan kpd org , anda
dpt pahala selagi makanan itu
mnjadi darah dagingnya .

Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka
mengamalkan pahala anda tetap
ada .


7 kalimat yg harus di biasakan..

1.Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.

4.InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.

5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.

6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.

7.Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.



Monday, 29 October 2012

Pakej Perkahwinan dari Alamo Restaurant & Catering 2012/2013

MAKE YOUR DREAM WEDDING COME TRUE!

Hi uols,
ahh.. ni kan package wedding utk sesapa yang nak kawin tu! ah.. tengok ler. 


Apa yang shu tengok kt pakej lengkap ni, memang ler berbaloi !!!! tengok la, tempat pon cantik kan. :) and Pakej lengkap ini ada 3 Pilihan Menu Makanan yang berharga RM20.00, RM28.00 dan RM30.00 . Harga ini pula dah lengkap sekali dgn hall rental, decoration, PA system, restoran berhawa dingin, kerusi & meja tetamu, kerusi & meja utk makan beradab, senang kata kelengkapan majlis lerrrr!


Restoran ni pula berada di tengah-tengah KL, tempat dah CONFIRM mmg strategik, pastu ada tempat parking yg percuma dan senang, tempat solat, mmg selesa lah dan senang kata mmg dah LENGKAP untuk majlis perkahwinan korang, kalau korang nak buat kt cni.



Restoran Alamo ni boleh memuatkan seramai 250 dalam satu masa, pastu kan, kt sini ada sediakan bilik persalinan utk pengantin, pastu if nak tambahan blik utk tetamu pon ada. 
oh.. kalau nak buat malam pon boleh, lagi cantik tau x! sbb dari restoran ni, boleh nampak KLCC, ahhh. cantik tau kalau buat malam. 

kalau korang nak tau lebih kan, atau nak tau bagaimana hasil dari Alamo ni, korang tengok sendiri . 
cakap banyak pon tak best,

Pictures speak louder than words. 

Click LINK kt bawah ni

FACEBOOK : HERE 
TWITTER : HERE 
BLOGSPOT : HERE
EMAIL : lamojaya@yahoo.com
 03-2697 3870 / 03-2691 2353 / 017-669 3484 / 017-235 8816


pesanan

Kawan, remember! 

Tidak semua orang boleh terima apa yang kita buat dulu. 
Even kawan sendiri boleh jauhkan diri dia, apatah lagi orang yang baru kita kenal. 
Oleh itu, janganlah mudah kita ceritakan kisah hidup kita kepada orang lain. 
Pendam dan simpan lah agar menjadi kenangan abadi untuk diri kita sendiri. 
Jangan mudah percayakan orang lain. :)

copy from facebook :)

Friday, 26 October 2012

Saloon Murah at Galaxy Mall, Ampang

Hi uols, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua, sure everyone bloated dgn makanan hari raya jer kan LEMANG! KETUPAT! RENDANG! UGHHH. :( but so sad, this year, Raya Haji , Shu xbalik kampung. Shu stay kt umah sewa in KL sbb hari ini shu kerja (on saturday),mama and sekeluarga balik kampung. so shu beraya bersama kawan-kawan yg beraya di KL, sbb diorg pon tak balik kampung, (MARINA, AREMOY, ATEN ) . So, semalam, dah duduk jer kt umah, bangun dah awal dah, tapi bila tak ada benda nak buat, golek2 lagi, bagun ler tengahari (teruk benor anak dara ni hihihihikk) pastu Marina kejut ajak keluar, sbb dah bosan tahap dewa dah. and mmg dari aritu shu ada niat nak pergi color rambut and teringat ada kawan-kawan cakap pasal Galaxy Mall Ampang. SALOON MURAH! 
so, shu nak try kt sane! 


okay, Mall ini, mmg shu dah pernah pergi before this, jadi tak ada lah sesat kan. tapi utk korang-korang yang nak g 1st time, sure korang akan mcm terkejut beruk skit masuk sini, mall ni mcm mall lama and banyak kosong tau. level bawah jer full dan juga mall ini penuh dgn saloon, dan tempat reflexology / mengurut. Dont expect mall ini mcm mall lain-lain. sbb masa shu mula-mula sampai, pon terkejut. hehehee. 

so, bila dah masuk mall ini, korang g la kt level Ground Floor (kitorang parking kt Level 1) , yang penting, jgn pergi LEVEL LAIN, sbb xda pon kedai. huhhu. and scary gak ar. dan Saloon hanya ada di leven Ground Floor Aje. so, utk mendapat kepuasan, seterusnya , kitorg pun pusing-pusing satu level tu, survey harga dan tengok saloon tu. harga .. MMG MURAH!! yang mahal pon ada gak. tapi.. korang pilih mana yang korang rasa boleh percaya nak buat rambut korg tu. jadi, kami berempat, semua pusing punya pusing dan survey harga. Shu dgn Aremoy di Glam saloon , nama akak tu NIKKI. glamor kan nama? :P  dan Aten dan Marina, diorg pilih saloon lain (kitorg panggil saloon Gay Boy- sbb pekerja dia mcm Gayboy. opsiee) 

Korang tak akan percaya dgn harga yang korang nampak nnt di sane, sbb mmg murah and berbaloi. 
And mostly the price between all the saloon lebih kurang sama.

Cut + Wash + Blow + Treatment : RM 20.00 ++
Rebonding (FREE TREATMENT) : RM 49.90++
Perming (FREE TREATMENT) : RM 49.90++
Coloring (FREE TREATMENT) : RM 49.90++

And mmg most of the saloon kt sane, semua bagi FREE TREATMENT. jadi, korang boleh pilih mana-mana saloon yg korang rasa percaya. :) dan harga yang ditetapkan akan mengikut kepanjangan rambut dan ketebalan rambut. :)

macam rambut shu, I buat Hair Cut + Color and FREE TREATMENT : RM 75.00, sepatutnya akak tu bagi harga RM80.00 for my hair, but tawar-tawar, dapat la harga special tu. (gila kau, saloon mane je yg leh tawar menawar) :P mcm kepuasan yang shu dapat, tak ada la sama mcm saloon yg bayar mahal-mahal tu, tapi bagi shu utk Color kan rambut boleh la buat kt sni. tapi kalau POTONG PENDEK, better g saloon yg biar mahal pon tak ape.heeeehee

and rambut Aremoy, dia buat di saloon yg sama dgn shu. Dia nak hitam kan rambut dia.  Hair Color (Henna) and FREE TREATMENT : RM 50.00, murah kan? kan kannnnnnnn..

Marina plak, dia just Hair Wash-Blow-Cut and FREE TREATMENT + STRAIGHTEN (TEMPORARY) = RM 25.00 Sbnya Rina nak wash, blow and cut, tapi mamat keje kt saloon tu, selamba siap straighten kan rambtu dia, so dia OK saje. Dgn harga RM25.00, korang tak akan dapat kt KL ni tauu. :P

si Aten, shu tak brapa ingt brapa dia kene, plus dia buat kt saloon lain kan, tapi dia pon Hair Color gak, and dapat FREE TREATMENT. ahhhh.. kerlas kan? heehe

ah, and Promosi dari Akak Nikki, kalau korang datang sebanyak 6x, kali ke 7 korang datang, akan dapat FREE tau... :D but tak leh la yang guna chemical mcm nak rebonding ker ape. pastu kalau bawak kawan-kawan pon Akak Nikki pon boleh bagi free, Sama gak la,yg biasa2 jer. mcm wash + Blow + Cut ker kan.. :) 

tapi kt sini shu suggest , kalau nak pergil, better call dulu la, sbb mall ni tutup awal, around 8-9pm cmtu, dah banyak yang tutup. so utk kesenangan korang, kalau nak try, boleh g time weekend , or after office hour, but call first. Ini Shu ada dapat contact number Akak Nikki tu. Korang leh Google Map kalau tak tau jalan .

Nikki
012-3982 674
017-3927 081
Glam Hair & Beauty Studio
Lot G1-23 Ground Floor, 
Galaxy Ampang Shopping Center
Pt Lot 1575, Jalan Taman Dagang 5, 
Taman Dagang, 68000, Ampang. 

p/s : shu tak dapat On phone lagi buat masa ni,rosak plak, so xdapat nak masukkan clear photo of my new hair! :D 

Friday, 19 October 2012

Tips: how to know what you want in life

What I WANT in my LIFE? 
What I want to do with my life?
What I want to be?
What goals I should set?

Hi Readers, Assalamualaikum. Setiap orang mempunyai keinginan masing-masing, dan yang pasti ada keinginan dunia dan ada keinginan akhirat. Tipu lah kalau dia tak nak apa-apa, rasanya kita ni semua benda nak kan? lagi-lagi, tgk orang lain ada, kita pon nak gak ada, nak gak rasa. betul tak? erti kata lain, kita sentiasa ingin sesuatu yg tidak dimiliki oleh kita kan? ataupon kita ada keinginan utk berada di satu tahap yang tinggi dan tak tau mcmne nak ke sana.

Persoalan demi persoalan akan datang bila kita dalam satu tahap kehidupan kita. Persoalan ini pasti akan bertubi-tubu datang apabila diri kita sedang berada di fasa hilang arah dan menjadi kebayakkan orang, apabila di tanya kan apa yang mereka ingin kan, mereka akan menjawab, 

tak kesah la ape pon, asalkan ....
"GEMBIRA"
"BAHAGIA"

tetapi.. apa yang membuat korang-korang ni gembira? bahagia? 
cukup ker sekadar gembira dan bahagia? 

oraite, dalam entry ini, shu nak share tips to FIND WHAT I WANT IN LIFE? STEP 1 :)

to those yg dah tau ape diorg nak dalam hidup diorg, then xpe, tp yang tak tau.. so what should u do?
jangan la gelabah, stress, over thinking, atau apa-apa yang buat kita dalam keadaan tertekan sbb terlalu fikirkan sangat. (sbb shu pernah alami krisis ini.hehehhe )

okay, langkah-langkah yang patut di ambil :

Firstly, kita kena tanya diri kita beberapa soalan...
  • adakah kita gembira dengan life sekarang?
  • ini ke kehidupan yang kita inginkan utk sekarang/masa depan?
  • sepanjang hari kita terseyum atau asek mengeluh
  • berpuas hati tak dengan keadaan ekonomi / kewangan kita?
  • gembira tak dengan kehidupan/rakan/keluarga?
Kadang-kadang, utk mengetahui apa yang kita inginkan, senang aje,sama seperti kita sentiasa tahu apa yang kita tak nak dlam hidup kita. faham tak? ok, contohnya,

kita tak suka perasaan bila hujung bulan, duit tak cukup sbb hasil kita bersusah payah selama  30 hari tu, dihabiskan utk bayar bill/komitmen , jadi maksudnya senang - KITA INGINKAN DUIT YG BANYAK DARI YG ADA SKRG! 

Kita tak suke perasaan rendah diri, perasaan pemalu di khalayak maksud nya - KITA INGINKAN KEYAKINAN DIRI! 

Kita tak suka kehidupan yang sentiasa tertekan dgn tekanan kerja maksudnya - KITA INGINKAN KERJA YANG KITA XKAN STRESS

ada banyak lagi benda yang kita tak suka, hanya diri kita sendiri yang tahu.

OKAY now, lets take a break. I will continue later utk ke next step. :)
yg penting skrg, cuba fikirkan .... dan cuba pejam mata, dan tanya pada diri, 


apa yang kita inginkan?

sekian. selamat membaca ! 

p/s kene benti kt sini, sbb nak g makan. heeeeheee. 



Thursday, 18 October 2012

Tips Move On Putus Cinta

Hi Readers sekalian alam, kali ini rasanya nak bagi TIPS utk si gadis atau si jejaka yang PUTUS CINTA! 
macamne boleh terpikir nak buat entry ni? 
ah.. ada sorang teman kepada shu ni, yang mengalami putus cinta baru-baru ni.
so, siapa je yang tak pernah alami kan? lagi-lagi zaman sekarang ni, budak sekolah rendah pon dah ada yang putus cinta tau. *amboi amboi* Tips yang shu nak bagi ni, based on experience sendiri dan keadaan sekeliling, maksudnya orang-orang lain la yg berjaya RECOVER dari penyakit ni. 
Putus Cinta, satu perasaan yang sakit , perit, sedih dan sume yang negatif lah. Perasaan Putus Cinta ni pasti ada pada yang ditinggalkan pasangan atau meninggalkan pasangan mereka tetapi ada sebilangan orang yg pandai dan boleh handle perasaan ni dan cepat je move on, kadang-kadang pelik gak kan? mcm diorg ni xda perasaan ker, sekejap je terus lupa pada si kekasih, Cinta punye la bagai nak rak and pastu bertahun-tahun plak. xper la mcmtu, tapi mcmne plak dgn yang susah nak recover ni?yang menangis tiap malam, ada yang sampai nk bunuh diri lagi tu? kalau tak, xkan la boleh ada kes bunuh diri sbb putus cinta kan? 
tapi.. jangan la bunuh diri, jangan jadi bodoh. jangan jadi hamba cinta sampai nak bunuh diri, itu cara SHORTCUT naik FAST TRAIN mcm ERL tu teruk masuk NERAKA! Dosa besar kan. :)

Ah, itu sume sebenarnya, ada dalam diri kita sendiri, NAK atau TAK je ke depan dan melupakan kisah lalu. :) 

TIPS-TIPS MERAWAT PUTUS CINTA
1.  Menagislah sepuas-puas hati - 
menagis la sampai kalau boleh air mata tu dah tak nak kuar, sampai kalau boleh, mata tu bengkak and sepet dah xnampak mcm kasim selamat, EH! jangan la sampai mcm tu.... menagis la utk melepaskan perasaan tu, jangan di simpan, lepaskan perasaan tu. ada orang, sekali menagis, terus OK, itu kental gak kan? tapi kalau mcm yg Nagis tiap malam, ah, mcm shu ler tu, tak ape, nagis aje la. sbb PERCAYA lah, satu masa, tangisan tu berbaloi, sbb kita dah berjaya lupakan si dia. 

oh dan satu lagi, kalau menagis tu menagis la gak,nk duduk dalam bilik berkurung ke ape, tapi jangan la sampai tak makan , nnt kang gastrik dapat, migrain pon dapat (sape yg ada penyakit ni la). 

2. Jangan duduk keseorang : Cari kawan-kawan
duduk berseorangan, buat korang-korang lagi stress tau. so, cari la kawan -kawan utk teman korang, lagi bagus kalau dapat cari kawan baru, sbb sure korg akan terlupa kejap la pasal si dia tu. kalau nak tau, ada satu prinsip bagi shu, "BF, HUSBAND, KEKASIH, Sume tu boleh bertukar ganti. IBUBAPA, ADIK BERADIK & KAWAN tetap akan kekal." kadang-kadang, kita asyik sangat bersama dgn BF kita, sampai lupa kawan, dah asek spent time jer dgn si kekasih kan. So, time-time tengah single ni la, kita luangkan masa  bersama seberapa ramai kawan yang boleh. penuhkan plak dgn aktiviti-aktiviti bersama kawan. 

3. Luangkan masa bersama keluarga dan IBU BAPA
luangkan lah masa bersama IBUBAPA dan keluarga kita, selagi belum berkahwin, better korg luangkan masa bersama dgn family, sbb soon bila da ada keluarga sndri, anak sndri, husband lagi, ah.. masa tu, dah tak ada masa utk dgn family korg dah, dah tak ada masa utk manja-gedik-duduk bwh armpit mak ayah dah. masa tu la menyesal nnt, or rindu dgn suapan mak ker kan.. lagi pon, perasaan dapat menggembirakan keluarga terutama ibu bapa adalah perasaan yang  sangat lain, perasaan puas sbb dpat mengembirakan orang yag dulu bersusah senang utk besarkan kita, dan bila dah besar-besar ni, kita dapat bahagia kan mereka. 

tak kesah la bekerja atau masih lagi belajar, yang bergelar pelajar, boleh menggembirakan ibu bapa dgn keputusan yang membanggakan, membantu mereka dirumah, dan yang bekerja pula, boleh bawa ibu bapa berjalan-jalan, bercuti keliling dunia ker. kan syiok tu.. 

4. Banyakkan berdoa dan Ingat pada ALLAH SWT
ah, ini paling kene amalkan, banyak kan berdoa, dan percaya kepada Allah SWT yang setiap perjalanan dalam hidup yg kita lalui adalah petunjuk dariNYA utk memperbaiki diri kita, dah Allah SWT memberi ujian ini kepada kita kerana mahu bagi yang lebih baik, pasangan baik, masa depan yg lebih baik. Sbb kita time putus cinta ni, nagis-nagis, sampai ada yg kata 'tak leh hidup tanpa si dia', eh eh.. awak tu hidup dengan Oksigen Tau, kalau Oksigen xda, baru awak xleh hidup. ahh.. bukan nye si kekasih tu. 



5. Cari hobi baru - 
cari lah aktiviti-aktiviti yang baru dan boleh di isi setiap masa, iye lah, sbb ayat yang kerap digunakan oleh orang putus cinta 
"camne ni, aku dah biasa buat semua benda dgn dia" 
 "hari-hari aku sms dgn dia,lepas ni nk sms sape plak"
 "setiap malam sebelum ini, aku jmpa dia, dah biasa, bis skrg apa patut aku buat?"
 "apa yang aku buat semua nye aku teringat kat dia"

ye cik adik, sbb tu kene sentiasa lepak dgn kwn-kwn, pastu buat aktiviti yang best-best. g main boling ker, tgk movie, g bercuti jauh-jauh ker, g berenang setiap petang ker, macam-macam lah boleh buat utk gantikan balik dgn masa yg pernah korang pernah guna dulu dgn si dia. 

6. Buang Perasaan dan Move Foward
hakak-hakak, abam-abam, ini paling penting, kalau tak buang perasaan korang pada si dia, and mmg tak set mind yg korang nk move on dari kisah silam tu, mmg TIDAK AKAN JADI! ahh. patut bila time-time ni, kita pikir, mungkin sudah tiada jodoh dgn si dia, dan anggaplah hubungan yg sudah lepas ini sebagai pengajaran utk hubungan akan datang. sbb kalau korang tak buang perasaan tu , cmne nak move on! betul atau tak ??

fistly nak buang perasaan tu, sekrang ni kan ramai jer kita kita ni semua pakai smartphone kan? HP canggih-canggih , memory sampai 5-6 GB, PASTU dgn ipad lah tab lah, dalam tu sure penuh gambar-gambar kita bersama si kekasih kan. delete lah gambar-gambar bersama korg tu.. buang lah sms-sms yg CINTA LOVING tu, supaya kalau tetiba korg buka ke folder-folder dalam phone tu, tak adalah ternampak benda-benda tu. 
kalau nak extreme skit lagi, segala barang yang ada membuat kita teringat pada dia, kita sorok atau buang. lagi-lagi pemberian dari si dia kan? kalau xnak nk buang, beri kan pada org yg memerlukan. mmg la, kadang-kadang rasa mcm teruk plak, buang pemberian orang, tapi ... tak salah. sbb tindakan itu adalah utk diri kita jugak. 

Harap tips-tips ini berkesan dan dapat membantu rakan-rakan readers. ;) 

nah, ada few quotes about breaking up and moving on. so, keep reading! :) 

kadang-kadang dgn baca quotes ini, boleh membantu dan memberi kita semangat utk ke hadapan

  • I believe that everything happen for a reason. People change so that you can learn to let it go. Things go wrong so that you appriciate them when they're right. You believe lies so you eventually learn to trust no one but yourself, and somethimes good thing fall apart so better things can fall together - Marilyn Monroe
  • Breaking up is a natual evolution when u try to figure out what u want in life. If you're with an individual who isnot moving in the same direction and at the same rate that you are, it aint going work. - Usher
  • Dont cry because its over, but smile because it happened. - Dr Seuss



p/s Tips Jika anda putus cinta dari HOTFM - HERE 

Friday, 12 October 2012

Diet Diet Diet : Homemade Sandwiches

Hi. entry ni shu nak share few menu yang shu makan sendri-sendiri kt umah utk DIET ni. 
kan ada dalam wish list, hehhe. nak KURUS! NAK KURUSSS!!! so kene la diet dulu. :)
kalau yg lupa or tak baca lagi and nak tau, leh baca kt SINI 

ni ada 3 gambar makan malam shu. and biasanya sbb dah sorg-sorg, shu tak masak sgt.
 *hehe. rajin masak OKAY! *

tapi skrg sedang membiasakan diri, dengan makan malam bersama roti rendah lemak 
GARDENIA : BRAN & WHEATGERM

 
Roti ni sedap, lembut gebu aje., and shu pilih ni, roti ni jenis light fibremeal , sbb shu kurang skit suka roti yang wholegrain tu. rasa dia jauh sgt dgn roti putih biasa tu kan. hehe,. 

okay, dalam nak buat homemade sandwich ni, konon nk buat ala-ala subway, KONON ler. :D
sebagai langkah pertama, nak bakar dulu roti tp xnak guna toaster, nak guna pan gak. hehe, 
so, shu tidak menggunakan minyak dalam proses memasak. 
shu ganti kan minyak denga majerin planta dan kalau guna majerin planta, shu dah tak guna garam lagi, sbb majerin planta dah ada rasa masin. Majerin juga adalah lebih elok digunakan dari Minyak masak yang biasa kita guna tu. tahap kolestrol lagi tinggi kalau guna minyak masak. 

boleh baca artikel dari Utusan tentang "Majerin Ganti Minyak Masak" 
kalau nak tau selebihnya. :)

Roti Bakar bersama planta + Kentang Goreng planta + Tomato + Timun + Sosej Goreng planta

sosej goreng planta + Roti Bakar + 1/2 dari satu keping cheese + Telur mata + tomato + timun 

ah, dalam dua minggu ni, ini la lebih kurang dinner yang shu makan. nnt nak try upgrade skit la. kata nak ala-ala Subway kan, so, nnt next entry, HOMEMADE SUBWAY SANDWICH. :)

Perancangan-Nya

Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH..
Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG..
Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI..
Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN..
Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA..

Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG..
Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing-masing juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita.. 





copy from Facebook. 

nukilan : HATI PERIT

HATI PERIT

Kecewa dgn sikap mu
dia nampak segala gala
dia masih cuba bertahan
tapi kamu tetap kamu

kamu buat hanya utk kepentingan mu
segala-gala hanya kamu
sedih ku lihat kamu terabai dan terbabas
manakah landasan hidup mu?

hidup ini penuh pilihan
pilihan masih di tangan mu
dia sudah tak akan bersama kamu
dia doakan yang terbaik utk mu
moga sesuatu nnt akan berjaya membuat mu buka mata
dan berharap akhirnya kamu akan lihat dengan jelas

Nukilan : Shuhadah Rahman

nukilan : Ku pinta dari Mu

Ku pinta dari Mu

Sebentar sana! sebentar sini!
mana haluan ku
mana satu pilihan ku
aku keliru
aku takut
aku terawang awang
mana arah yg patut di tuju

jika salahlah arah, habis ku buntu
si masa pula lari berlalu
tidak menoleh sedikit pon menunggu ku
pandanglah daku yg minta simpati dari mu

benar salah, jari hanya patut dituju ke arah ku
aku terlalu ingin cuba berani
aku teramat ingin cuba berdiri sendiri
tp aku masih tidak mampu berfungsi
ke depan ke belekang
apa jadi pada ku
tiada siapa yang tahu
bermacam bayangan menerpaku

adakah akhirnya ia akan cerah seperti langit biru?
atau gelap seperti tiada sedikit pun cahaya dari mu
Ya Allah, bantuilah hamba mu.

Nukilan : Shuhadah Rahman

nukilan : KAU YANG SATU

KAU YANG SATU!

Ku seperti rumah yang kosong
rumah yg tidak dihuni
ku menanti utk diisi
supanya hilangnya gema suara
menjadi ceria dan gembira

Kau maha Besar
Kau maha Agung
hanya Kau yang tahu, apa yang akan terjadi
semunya yang terjadi, hanya kerana Satu!
menyuruhku utk setia
dan menjanjikan Syurga

Nukilan : Shuhadah Rahman

nukilan : TAK SIAPA YANG TAHU

TAK SIAPA YANG TAHU

Dia datang dan pergi 
dia pergi dan kembali
mata menjadi saksi
hati kian sepi
tidak sama lagi
zaman kala dan kini
segala berubah menyaingi masa dan ombak
hati bermula girang
hati berakhir suram
cinta dan sayang terawang awang
tp ku masih ucapkan
terima kasih utk segalanya

nukilan : Shuhadah Rahman

Wednesday, 10 October 2012

lets walk to succeed

Just be you,
Do your own thing
Make a sacrifice for yourself.
sacrifice everyone; friend, family and relationship
so you can step ahead
just push yourself and work hard
and dont run, just walk...

when the right time comes,
everything gonna be alright
the right people, the loved one
who belong to you,
who belong in your life will come
they will stay in thick and thin
they will stay even when you're down
and more even when you're up and succeed.


Monday, 1 October 2012

2012 --» 2013

3 months left for 2013.
*gulp* 

2012 
Jan ☑ Feb ☑ Mar ☑ Apr 
☑ May ☑ Jun ☑ Jul ☑ Ogs ☑ sept ☑ 
Oct ☐ Nov ☐ Dec ☐ 

2013 

Bio-essence Bird's Nest Nutri-Collagen and Whitening Series

Bio-essence Bird's Nest Nutri-Collagen (BEBNNC) and Whitening Series

Wah. gitu.. panjang plak tajuk nye. ah.. arini, shu nak cite pasal product ni. if ada baca la kan, dalam wish list part 1 no 3, boleh click link tu. so, now.. here we go..

yesterday, jalan-jalan dgn mama, at first nak bawak baby pretty gi clinic, but clinic tutup. so, terus balik, but tetiba nak singgah kt Pasaraya Billion kt umah nak beli groceries and toiletries pada mula nya... masuk-masuk jer terus g bahagian barang basah and dapur la kan, itu for sure! and then, g pusing2 kat bahagian product-product penjagaan ni. g cari shampoo, pastu dapat dah shampoo. then, saje-saje la mata dan kaki ni melilau-lilau , g tgk kat bio-essence nye kawasan .
gambar di KIDNAP dari google
melilau-lilau, mata ni terpaut pula pada barangan-barangan bio-essence. sbb last time, dulu-dulu time study, ada pernah try trial packaging yg RM29.90 (TANAKA WHITE BIO ESSENCE) rasanya. mmg rasa time tu, mujarab jer. heehe. rasa kulit dari rasa kusam, ada la putih-putih gebu balik. tapi disebabkan tidak berdisiplin, dan masa tu study lagi, so, tidak dapat meneruskan dan mengekalkan.... tapi kepercayaan kepada product ini, dah ada 60%.... disebabkan skrg ni, nak mula start balik jaga kulit muka, dari kusam gelap mcm dayang senandung rasa, nak ke putih gebu mulus mcm Scha Al- Yahya *mentang-mentag duta product ni* :P so, melekat la kejap kt section ni. hehehee.
VALUE BUY : RM 165.00 (WORTH RM 223.60)
lepas tu, bila dah belek-belek, tgk-tgk ada product Bio-essence Bird's Nest Nutri-Collagen and Whitening Series. mmg skrg ni, nak cari product yg ada COLLAGEN aje. ye la, skrg ni, banyak betul product yg mujarab sume dari COLLAGEN + VIT C. 
dan masa tu datang bila promoter yang jaga product ni, terus promote kaw kaw punyeee. mmg nak cuba ngelak pon dah tak boleh, set bio-essence ni macam memanggil-manggil sangatttt! so, dgn buat kira-kira dan bertanya pada mama, shu pon bersejutu ler ambil set ni. (ikat perut la lepas ni!!) :P


bak kata mama 
"EVERY MONTH, AT LEAST 10% FROM OUR SALARY, KITA KENE BELI BRANG UTK DIRI SNDRI.. UTK KEPUASAN PENAT BEKERJA"

Harga sebenar-benar pada set ni RM 165.00, Tapi masa tu nasib shu baik, dapat discount plak lagi, RM 149.00. So mmg untung sangat la, sbb kalau beli satu-satu set tu, Total RM 223.60. heeehe.. (LAGI LA KENE IKAT PERUT) HAHA.  

yang ada dalam set tu, main items ada 4.
1) Cleanser (click here for more info) RM23.90
2) Advancer *katanya mcm toner* (click here for more info) RM59.90
3) Serum Essence (click here for more info) RM69.90
4) Cream * day & night * (click here for more info) RM69.90


dan si promoter pula, dgn baik hati lagi, dia bagi shu dan mama mcm-mcm free gifts. ni free gifts utk saya. Alhamdulillah. sapa tak suka benda FREEE!! HEEEEE












7 free gifts for me! ngeeeeee *dancing*

manusia, or erti kata lain perempuan, mmg suke kene provoke dgn FREE GIFTS. LOL.
1) BB cream Ginvera Green Tea Nude Color SPF 30/PA++
2) 2 trial packs of BE Deep Exfoliating Gel With ATP (click here for more info)
it really works to removes dead skins and blackheads and for fairer & finer Skin.
3) Tanaka White Cleanser & Toner (click here for more info)
BE Sleeping Mask 



4) Sample BE Sleeping Mask 
5) Sample BE Whitening Essence
6) Sample BE Whitening Cream








nanti next entry, I akan bagi review plak pasal products ni. okay? 
tapi yang boleh I kata kan hari ini, muka rasa segar :)) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...